Chicken chop murah dan sedap area Kuala Lumpur. Makan tak cukup sepinggan, memang puas hati

A
A
A

KUALA LUMPUR antara destinasi percutian yang orang akan pergi untuk staycation.

Lazimnya, bandar besar tersebut memiliki ribuan tempat makan yang menawarkan pelbagai jenis masakan.

Pun demikian, lagi best kalau dapat cari tempat makan-makan yang murah dan sedap.

Bayangkan kalau set chicken chop dijual bawah RM10. Memang jimat bajet dan hati pun senang, bukan?

Carian SinarPlus di media sosial mendapati, ramai kaki makan yang berkongsikan beberapa tempat yang wajib singgah kalau berlibur di ibu kota.

Bukan saja dekat dengan area KLCC, malah kawasan foodcourt pun bersih dan selesa.

Tidak hanya di Kuala Lumpur, Putrajaya pun banyak pilihan tempat makan yang mungkin ramai belum tahu.

Kalau kalian suka makan jenis western, bolehlah pertimbangkan lokasi berikut:

chicken chop

1. Chicken Chop Station

Alamat: Wisma Central, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 5 petang

Facebook: Chicken chop station

chicken chop

 

View this post on Instagram

 

A post shared by sinarplus (@sinarplus)

 2. Chicken Chop Steak's Eye

Alamat: GM05-09 & GM05-10, Bazaria Pantai, Jalan Pantai Permai 2, Pantai Dalam, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 6 petang hingga 12 malam

Facebook: Eye's Steak - Pantai Dalam

chicken chop

3. Papa's Station Ampang

Alamat: Jalan 6/95B,Tmn Cheras Utama, Cheras, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 5.30 petang hingga 11 malam

Facebook: Papa's Station Ampang

Baca juga Chicken Chop hanya RM1.90! Harga tak masuk akal pemuda ini memang buat ramai kagum

chicken chop

4. Paksu Chicken Chop

Alamat: Batu 4, Jalan Gombak, Kuala Lumpur

Waktu operasi: 4 petang hingga 12 malam

Facebook: Paksu Chicken Chop

Instagram: @paksu_chickenchop

Baca juga Promosi nasi lemak 90 sen, ada anggap tawaran Pak Mat Western Cafe sekadar gimik. Wanita ni kongsi penjelasan!

chicken chop

Cuti sekolah hingga 5 Jun ini bolehlah bawa anak-anak jalan-jalan cari makan sekitar Kuala Lumpur.

Cuma si kecil disarankan supaya memakai topi atau payung kerana cuaca panas.

Bimbang nanti kena strok haba pula. Apapun jaga kesihatan dan jangan biarkan diri hidrasi.

Okey! Selamat mencuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca