Coklat KitKat tampil dengan motif bercorak ketupat sempena Aidilfitri. Memang sesuai penuhkan balang kuih

A
A
A

Coklat KitKat tampil dengan motif bercorak ketupat sempena Aidilfitri. Memang sesuai penuhkan balang kuih

SELAIN kuih raya yang sentiasa memenuhi balang atas meja, marshmello, gula-gula dan coklat pun antara yang menjadi pilihan.

Hmm…kalau letak coklat, rasanya bila tetamu datang, tak sampai seminit balang tu habis.

Kalau letak KitKat, rasanya memang licin, kan?

Baru-baru ini, sempena bulan Ramadan dan Syawal ini, KitKat tampil dengan koleksi yang lebih istimewa.

KITKAT Ketupat edisi terhad raya pertama kali diperkenalkan pada pelancaran kempen Raya Rezeki DiKongsi Bersama KitKat

Jenama itu telah melancarkan kempen Rezeki Dikongsi Bersama bagi meraikan semangat perkongsian dan persaudaraan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Selain produk edisi terhad raya yang menarik, KitKat turut melancarkan muzik video animasi raya KitKat dan pelbagai kolaboratif istimewa lain.

Baca lagi: Memang best tak terkata. Apa kata berehat sebentar dengan coklat KitKat Bar Bark perisa oren dari Australia!

Baca lagi:Berehat sebentar bersama KITKAT, coklat Dark Cookies edisi terhad yang baru dilancarkan, sedap tak terkata

Mengulas lanjut, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Konfeksi KitKat, Frederic Porchet, menerusi coklat edisi khas, pihaknya memperkenalkan kombinasi wafer rangup yang disaluti dengan lapisan coklat susu yang enak.

“Istimewanya, buat julung kalinya bar coklat empat jejari itu didatangkan dengan motif bercorak ketupat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran KitKat Lancar Coklat Bermotif Ketupat Pertama sempena Kempen Raya Rezeki Dikongsi Bersama di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

NABILA RAZALI dan MK K-Clique mempersembahkan lagu tema Rezeki DiKongsi Bersama KitKat.

Hadir sama ialah dutanya MK-Clique dan Nabila Razali.

Wafer berkenaan didatangkan dalam empat koleksi rekaan unik dengan setiap satunya menandakan warisan tradisi raya.

Ia memang sesuai sangat dijadikan sebagai hadiah yang enak untuk dikongsi dan ‘cele-break’ bersama keluarga dan rakan-rakan.

KitKat Ketupat terdapat dalam dua format pembungkusan yang berbeza iaitu KitKat Ketupat empat jejari empat multipack dan KitKat Ketupat empat jejari dua Multipack.

KITKAT Ketupat didatangkan dalam empat koleksi rekaan unik dengan setiap satunya menandakan warisan tradisi raya.

Jom menyumbang

Sebagai tambah nilai, KitKat juga menjalin kerjasama dengan Mimpikita menerusi Pek Edisi Raya iaitu sebuah gelas minuman Luminarc.

Jenama fesyen terkenal itu antara lain telah mereka corak eksklusif bersama dua pek KitKat Mini 9 gram Sharebags.

Sementara itu, bersempena dengan kempen itu juga, jenama tersebut menyumbangkan RM10,000 kepada Yayasan AEON Malaysia, AEON Mesra.

KITKAT menyumbangkan RM10,000 kepada Yayasan AEON Malaysia, AEON Mesra sempena kempen Rezeki Dikongsi Bersama.

Usaha tersebut diambil bagi berkongsi kegembiraan dan keseronokan dengan kanak-kanak kurang berkemampuan untuk membeli-belah di pasar raya AEON sebagai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

KitKat

Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga boleh berkongsi rezeki dengan menekan butang like menerusi muzik video animasi raya di laman YouTube, Facebook dan Instagram KitKat.

KitKat akan menyumbang RM2 untuk setiap like yang diperoleh hingga kutipan sebanyak RM100,000 dengan semua hasil akan disalurkan kepada organisasi amal terpilih.

Untuk keterangan lanjut, layari https://www.nestle.com.my/brands/confectionery.

Hah… apa lagi, coklat edisi khas dengan corak ketupat di atasnya memang kenalah dengan tema Aidilfitri, kan?

Jadi, apa lagi, jom dapatkan segera, kalau tak, nanti kehabisan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca