CR-V baharu laris, tempahan luar biasa

A
A
A

SELEPAS diperkenalkan dalam pasaran automotif di negara ini, Honda Malaysia menerima tempahan lebih 1,700 unit untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) CR-V baharu.

Jumlah tempahan itu adalah bersamaan dengan peningkatan sebanyak 180 peratus. Bagi pasaran Malaysia, Honda menawarkan tiga varian CR-V baharu yang terdiri daripada 2.0L 2WD, 1.5L TC-P 2WD dan 1.5L TC-P 4WD.

Ketiga-tiga jenis model terbabit dijual pada harga antara RM139,912 hingga RM162,910 (tanpa insurans dengan pengecualian cukai jualan).

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, model 1.5 TC-P 2WD direkodkan paling laris dengan menyumbang 46 peratus jumlah tempahan keseluruhan.

Kata Ishiyama, CR-V baharu itu menawarkan ruang dalaman yang selesa dan but berkapasiti antara 522 sehingga 1,084 liter sebaik sahaja kerusi belakang direbahkan.

honda CR-V baharuCR-V baharu menawarkan tayar bersaiz 18 inci dwitona dan bampar dengan ekzos berkembar serta gril hitam di luaran.

Model tersebut yang dilengkapi teknologi Honda Sensing itu juga menampilkan ciri baharu Penghidup Enjin Kawalan Jauh yang membolehkan pengguna menghidupkan enjin dengan hanya menekan butang khas terdapat pada kunci kenderaan terbabit.

Teknologi ini turut berupaya menghidupkan penyaman udara dari luar kenderaan. Lampu hadapan signatur Honda dan bampar hadapan gaya sayap baharu dikenali fascia chrom dan konsol hadapan dilengkapi dua sambungan USB, antara ciri yang menarik perhatian.

Tidak ketinggalan tayar bersaiz 18 inci dwitona, krom gelap di bahagian belakang dan bampar dengan ekzos berkembar serta gril hitam di luaran CR-V.

CR-V baharu hadir dengan lima warna iaitu Lunar Silver Metallic, Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic, Dark Olive Metallic dan Platinum White Pearl.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca