Cromboloni celup pistachio leleh, ramai sanggup beratur panjang demi hunting dessert viral

A
A
A

CROMBOLONI menjadi fenomena di media sosial apabila orang ramai sanggup beratur berjam-jam demi pemanis mulut tersebut.

Sebut jer manisan tersebut, rupanya tak ubah seperti roti bom disalut dengan pelbagai perisa leleh.

Antaranya coklat, pistachio, strawberry dan macam-macam lagi. Lagi sedap, kebanyakan usahawan menambah topping mengikut selera pelanggan.

Cromboloni atau dipanggil New York Rolls itu berjaya menarik perhatian ramai dengan presentation menarik.

Cromboloni

Bukan apa, terdapat premis yang menyajikan sajian tersebut dengan syringe perisa, ada pula yang desain comel yang terletak cantik atas cromboloni.

Pendek kata, sesiapa peminat hidangan viral, pasti tak akan lepaskan peluang untuk mencuba walaupun sekali seumur hidup.

 

Siapa yang sanggup hunting dessert viral tersebut, SinarPlus senaraikan lokasi panas yang boleh kalian cuba. Berikut perincian:

Cromboloni

1. The Butter

Alamat: 38, Jalan Tukang Emas, Melaka

Waktu operasi: 8.30 pagi hingga 6 petang

Facebook: The Butter_MY

Instagram: @thebutter_my

TikTok: @the.butter_my

Cromboloni

2. Suka Dessert

Alamat: G-08, Residensi 280, 1KM, Lebuhraya Selayang - Kepong, Taman Selayang Jaya, Batu Caves, Selangor

Waktu operasi: 10 pagi hingga 10 malam

Facebook: Suka Dessert

Instagram: @sukadessert

Baca juga Donat, bomboloni gebu, banyak perisa dan topping. Air tangan Nurul Fazlina jadi rebutan orang Shah Alam

Cromboloni

3. KLCG Confectionery & Bakery

Alamat: 27, Jalan Raja, Dataran Merdeka Kuala Lumpur

Waktu operasi: 9 pagi hingga 6 petang

Facebook: KLCG Confectionery & Bakery

Instagram: @klcgconfectionerybakery

Cromboloni

4. Aco Cafe

Alamat: No 15, Persiaran Seksyen 4/7, Bandar Putra Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang

Waktu operasi: 1 petang hingga 10 malam

Facebook: Aco Cafe

Instagram: @acocafe.bertam

TikTok: @acocafe.bertam.penang

cromboloni

5. Maneh By Momo

Alamat: No 34, Jalan Pulai Makmur 5/1, Bandar Baru Kangkar Pulai, Kangkar Skudai, Johor

Waktu operasi: 11 pagi hingga 8 malam

Facebook: Manèh by Momo

Instagram: @maneh.bymomo

TikTok: @maneh.bymomo

Baca juga Viral! Donat buat peach jadi ‘kegilaan’ ramai. Tetap lembut walau dah berjam-jam, ini resipinya

cromboloni

Banyak lagi tempat best di seluruh negara yang jual cromboloni dengan signatur masing-masing.

Mungkin harganya agak kayangan tapi sekali-sekala nak belanja orang tersayang, apa salahnya.

cromboloni

Jadi, kalau list yang SinarPlus kongsikan berhampiran dengan lokasi kalian, bolehlah cuba bersama family.

Okey! Selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca