Mengiurkan! Berbuka puasa dengan daging premium Australia signature Chak’z

A
A
A

MINGGU-minggu terakhir bulan Ramadan pastinya membuatkan ramai sibuk untuk membeli-belah kelengkapan Aidilfitri dan destinasi popular yang menjadi tumpuan ramai, antaranya Suria KLCC di ibu kota.

Sebenarnya, tidak sukar untuk mencari menu berbuka puasa di sana selepas penat membeli-belah kerana Medan Selera Signature Suria KLCC menyediakan pilihan terbaik dan lain daripada lain.

Bagi kalian yang memilih masakan Barat sebagai menu iftar bersama keluarga, apa kata singgah ke outlet Chak’z yang menawarkan pilihan kulinari premium, sentuhan air tangan pengurusnya, Cef Khuzaiveen Khamarudin.

Chak’z Suria KLCCMenurut Cef Khuzaiveen, antara menu yang wajib dicuba seperti lamb hunter, stik striploins, fried medi fishery, mac & cheese with chicken dan ikan salmon panggang.

“Sajian paling laris sudah tentunya lamb hunter kerana selain saiz porsi besar, kami hanya menggunakan daging import berkualiti tinggi dari Australia untuk hidangan eksklusif pada harga mampu milik.

Baca juga Konsep mangkuk tingkat jadi tarikan unik Bufet Ramadan Aneka Selera Desa Restoran Riverside WTCKL, pengunjung boleh bawa pulang juadah bersahur

Chak’z Suria KLCC“Selain daging lembut dan berjus, seleksi sos mengiurkan yang dibuat sendiri seperti lada hitam, cendawan dan peri-peri mampu membangkitkan selera pelanggan,” katanya yang sudah berpengalaman hampir tujuh tahun.

Setiap pembelian juadah bernilai lebih RM16, pelanggan juga diberikan harga istimewa serendah RM1 untuk pilihan air yang disediakan di premis yang dimiliki 100 peratus Bumiputera tersebut.

Baca juga Mengiurkan, udang galah masak lemak tumpuan sajian berbuka di Le Quadri Kuala Lumpur

Selain Medan Selera Signature Suria KLCC, cef berusia 28 tahun itu memberitahu, pihaknya juga menyajikan bufet Ramadan istimewa bertemakan Warisan Desa hanya untuk dua premis di Bukit Jelutong, Selangor dan Ayer 8, Putrajaya.

Chak’z Suria KLCC

“Harga serendah RM55 untuk dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sudah semestinya kadar yang mampu milik. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba menu istimewa kami,” katanya.

Baca juga Kambing panggang dengan sensasi rempah terpilih, kulinari enak Warisan Bonda Mardhiyyah Hotel & Suites jadi tumpuan bulan Ramadan

Chak’z Suria KLCC

Chak’z Suria KLCCChak’z Suria KLCC

  • Alamat: Tingkat 2, Medan Selera @Signature Suria KLCC, Kuala Lumpur
  • Waktu: 12 tengah hari hingga 10 malam
  • Tarikh promosi: 6 April hingga 30 April 2022
  • Menu signatur: Lamb hunter, stik striploins dan fried medi fishery
  • Harga: Set bermula RM14.50 hingga RM41.50
  • Facebook: Chak'z 1964

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca