Daripada koleksi pakaian, makanan & manisan dan koleksi hamper, Marks & Spencer beri pelbagai pilihan

A
A
A

SELALUNYA Marks & Spencer (M&S) mempunyai buah tangan menarik ketika perayaan Natal, namun pada tahun ini jenama antarabangsa mempunyai sesuatu yang menarik sempena Aidilfitri.

Mana tidaknya, M&S menyemarakkan keceriaan Hari Raya dengan memperkenalkan koleksi pakaian elegan yang boleh distailkan, makanan menyelerakan termasuk seleksi pencuci mulut.

Admin yang pergi ke butik M&S di One Utama baru-baru ini rambang mata memilih mana satu item yang hendak dihadiahkan kepada ahli keluarga dan mak cik saudara.

Pada awalnya, SinarPlus nak cerita mengenai himpunan fesyen M&S dulu.

Melihat setiap helaian, semestinya semuanya sesuai untuk seisi keluarga, tanpa mengorbankan gaya dan keselesaan.

Oh! Sebelum terlupa, M&S kali ini memilih Juliana Evans dan Tasha Shila berserta ahli keluarga mereka sebagai wajah pada kempen kali ini.

Video terkini daripada M&S bukan sahaja menampilkan koleksi Hari Raya yang diperagakan oleh Juliana Evans dan Tasha Shilla, tetapi juga himpunan terbaharu pakaian lelaki dan kanak-kanak,kata M&S dalam satu kenyataan.

Seperti busana yang dipakai oleh Juliana dan Tasha, mereka memilih corak terang dan warna yang ceria.

Gaya kedua-duanya tampak sederhana, namun versatil, tetap anggun dan sofistikated.

Sudah pastinya, setiap helaian sesuai dipakai dari siang ke malam hari.

"Mahu lebih santai? Rangkaian pakaian wanita termasuk blaus yang chic dan gaun midi serta maxi tersendiri. Terdapat warna biru lembut, fuchsia, dan hijau.

"Lebih menarik, ia dihiasi pula dengan bahagian pinggang labuh, bahu puff kembung dan lengan gaya manset, rekaan fesyen tersebut menyerlahkan lagi keayuan dan kewanitaan si pemakai," kata kenyataan itu.

Bagaimana pula dengan pakaian lelaki M&S? Ia menampilkan baju-baju yang wajib ada dalam koleksi pakaian seperti seluar chino dan kemeja Oxford dengan 100 peratus kapas.

Untuk penampilan yang ringkas pula, rangkaian linen M&S menyediakan baju kemeja yang diperbuat khas daripada fabrik tulen, kolar klasik dan plaket butang tersembunyi agar tampak segak.

"Bagi yang mahukan gaya yang kasual, kasut trainer dan loafer M&S adalah pilihan terbaik untuk rupa yang kemas dan tampan," kata mereka.

Sementara itu, kanak-kanak perempuan akan bergerak selesa dalam gaun bercorak bunga dan skirt beropol-ropol yang menawan.

Kanak-kanak lelaki pula boleh bermain dalam pelbagai baju kapas ciri jalur dan bersulam yang dipadankan dengan seluar pendek chino kapas.

Bermula dari 7 hingga 24 April, pembeli boleh menunjuk gaya hebat dengan harga yang berpatutan melalui promosi Spend and Save Marks & Spencer.

Nikmati potongan RM50 untuk setiap perbelanjaan RM350 dan diskaun RM100 untuk setiap perbelanjaan RM600.

Hidangan manis

Kalau nak buat rumah terbuka, pastinya tidak lengkap tanpa hidangan manis dan savoury, kan?

Apa kata, jamu tetamu anda dengan biskut klasik M&S yang amat sesuai disajikan dengan teh atau kopi.

Banyak pilihan boleh didapati seperti Digestive Biscuits, Rich Tea Biscuits dan Almond Biscuits. Admin dah cuba Almond Biscuits, memang sedap tak terkata.

"Mix and match beraneka jenis pilihan ideal untuk tetamu anda. Selain itu, dengan pembelian tiga atau lebih pek biskut berkualiti tinggi ini, anda boleh jimatkan 15 peratus," ujar M&S lagi.

Jadikan meja pencuci mulut anda tumpuan utama dengan sajian rangkaian mini bites M&S seperti Chocolate Brownie, Chocolate & Orange dan Chocolate Cornflakes.

Dengan promosi beli dua pada harga RM57 (mix and match), tetamu anda tentunya akan puas hati dengan pilihan pelbagai perisa yang menarik.

Meriahkan lagi dengan Cheese Twist, Redcurrant Puff dan Belgian Chocolates.

Hadiahkan variasi hamper

Okey, ini yang paling penting. Hadiah untuk mak dan ayah di kampung atau kepada mak cik atau pak cik tersayang.

Ya, betul hadiah hamper. Hari tu, admin lihat koleksi M&S memang mengancam habis.

Mereka tawarkan set hamper yang dipilih susun khas dengan pelbagai item kegemaran ramai.

Para pembeli boleh pilih antara tujuh pilihan hamper seperti Festive Treat, Raya Selection, Fancy Treats, Luxurious Selections, Extravagant Selections, Lavish Indulgence (dalam gambar) dan Delightful Opulence.

Hamper dijual bermula pada harga RM199 dan RM999.

Jangan risau kalau tak sempat ke butik, ia dijual secara online menerusi https://www.mnshamper.com/.

Mana tahu anda sekeluarga nak ke Suria KLCC, singgahlah sekejap di stor M&S di sana kerana terdapat peraduan Spin and Win bermula 7 hingga 16 April ini.

Anda hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM280 dalam satu resit bagi mendapatkan peluang memutar roda untuk memenangi pelbagai hadiah dan tawaran yang menarik.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai koleksi Ramadan terbaharu itu, lawati outlet M&S di seluruh negara atau melayari laman web, Instagram, Facebook dan TikTok.

BACA JUGA: “Saya hadiahkan kejayaan ini buat semua anak seni yang berani mencuba” – Naim Daniel terima pengiktirafan MBOR

BACA JUGA: #SiBibirMerah 6 makanan ibu hamil wajib elak ketika hari raya

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca