Diffenz Junior mampu beri perlindungan terbaik buat kanak-kanak

A
A
A

SESUAI dengan musim pandemik yang masih belum berakhir, Eskayvie Sdn Bhd baru-baru ini memperkenalkan produk vitamin terbaharu, Diffenz Junior khusus untuk kanak-kanak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al Qudri berkata, inovasi terkini jenamanya itu akan membantu ibu bapa untuk memberi perlindungan terbaik kepada anak-anak.

“Dalam keadaan sekarang, kami memahami kerisauan ibu bapa tentang keselamatan anak-anak di bawah usia 12 tahun yang masih belum mendapat suntikan vaksin,“ katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk baharu Eskayvie di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Justeru, kata Dr Syid Ayob, Diffenz Junior dirumus secara saintifik dengan menggabungkan bahan-bahan seperti cendawan susu harimau, buah camu-camu, kolostrum, multivitamin, vitamin C dan vitamin D.

“Gabungan ramuan kaya antioksidan, vitamin dan flavonoid semula jadi ini mampu memberi perlindungan yang bagus kepada kanak-kanak.

“Tablet kunyahan perisa oren yang enak ini juga bukan sahaja menyokong sistem imun, malah membantu tumbesaran dan menjadikan anak-anak kekal sihat dan bertenaga,“ katanya.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.eskayvie.com.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca