CUTI sekolah penggal ketiga akan tiba tak lama lagi, sama ada jatuh pada 15 atau 16 Disember ini, ia bergantung kepada sekolah di negeri masing-masing.

Jadi, mesti ramai excited nak balik kampung sempena cuti panjang hingga 1 Disember.

Mungkin ada yang extend cuti hingga sambutan Tahun Baharu 2024. Tak mustahil, kan?

Kalau plan nak berlibur dengan anak kecil, apa kata pertimbangkan saranan pengguna Facebook, Akmal Fahmi yang mengesyorkan Dima Garden sebagai destinasi percutian.

Penginapan yang baru dibuka pada Ogos lalu itu antara lokasi berlibur yang mesra kanak-kanak dan terletak di Kuala Ketil, Baling, Kedah.

dima garden

Seperti biasa, Dima Garden menyediakan kolam renang yang boleh membuatkan mereka ralit main air. Mak ayah kena pantau ya!

Tak cukup dengan itu, air pancut dari tiang bulat juga membuatkan si comel teruja nak berlari di sepanjang laluan yang tersedia.

dima garden

Kongsi Akmal lagi, beliau berpuas hati dengan layanan staf dan kemudahan yang ditawarkan meskipun baru empat bulan beroperasi.

Part kolam renang memang best sebab ada dua iaitu kanak-kanak dan dewasa. Bersih dan boleh mandi sampai ke malamlah kalau mereka masih tak puas.

 

“Pilihan bilik ada dua jenis iaitu kayu cengal dan kabin. Ada bilik menghadap kolam dan ada yang tidak. Ada meja dan kerusi lepak tepi bilik,” tulisnya.

Kalau nak lebih adventure, boleh cuba menginap rumah atas pokok.

dima garden

Nak bilik macam ala-ala kapsul pun ada. Kamarnya juga memang versatil.

Ruang yang luas juga membolehkan Dima Garden membenarkan orang ramai menganjurkan majlis perkahwinan atau kenduri di sana.

Baca juga Ini 4 port baharu healing terbaik di Lembah Klang & Penang, bonding cuti sekolah bersama keluarga

Bagi anda yang cepat bosan dan tak tahu nak buat apa sebab line telefon dan talian Wifi tak ada, bolehlah habiskan masa bermain kenderaan ATV.

dima garden

Bayaran yang dikenakan memang mampu milik.

Caj hanya RM20, boleh pusing lima round dalam kawasan trek mencabar.

dima garden

Namun, Akmal dah pesan awal-awal, trek di sana agak ekstrem.

Iklan

Jadi, berhati-hati bagi mereka yang baru berjinak-jinak menunggang ATV.

dima garden

“Nak control ATV ni tak semudah nak bawak motosikal sebab ATV lebih berat handling dia. Kena guna sedikit strength nak bawa. Mula-mula gugup, tapi bila dah cekap, kira nak full throtle jer.

Baca juga 5 destinasi tersembunyi di Janda Baik, lokasi healing mesra kanak-kanak sepanjang cuti sekolah

“Untuk budak-budak, boleh bawa mereka tunggang kuda. Hanya RM10 untuk si kecil manakala dewasa dikenakan RM12,” kongsinya.

dima garden

dima garden

Iklan

Bukan itu saja, aktiviti lain seperti memanah juga disediakan dengan caj RM10 untuk tujuh panah. Mungkin satu pengalaman baharu buat mereka yang tak penah cuba untuk memanah.

Buat pencinta alam, mungkin kalian boleh try singgah ke Dima Garden kerana disajikan pelbagai aktiviti menarik untuk habiskan masa bersama keluarga.

dima garden

Kalau anda ada pilihan tapak healing yang lagi best dan up to date, apa kata kongsikan di ruang komen Facebook atau Instagram SinarPlus nanti.

Okey, selamat berhujung minggu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang