DALAM usaha bagi membendung wabak Covid-19 terus menular, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan lagi selama dua minggu sehingga 28 April ini.

Oleh itu, keberadaan orang ramai yang perlu kekal di dalam rumah memerlukan aktiviti dalaman yang boleh dilakukan bagi mengisi masa lapang mereka yang terluang antara darinya adalah bermain permainan video atas talian yang kini cukup popular.

Tambahan pula, kini ada berita baik buat mereka yang meminati permainan video yang mana peminat sukan elektronik khususnya golongan belia berpeluang merebut hadiah terkumpul RM5,000 yang ditawarkan dalam kejohanan Esports KL FIFA20: Stay Home & Play Online Challenge, berlangsung pada 18 hingga 22 April ini.

Kejohanan anjuran bersama Persatuan Esports Kuala Lumpur (ESKL), Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Gamesbond dan Living Mind itu turut disokong Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa selaku penaung.

Duduk rumah main Fifa2020 menang RM5,000

Presiden ESKL Hisham Darus berkata kejohanan FIFA20 kategori konsol itu dijangka dapat menarik penyertaan antara 500 hingga 1,000 peserta dengan yuran pendaftaran RM10.

“Bagi mengelakkan orang ramai terutama anak muda ke sana, ke sini, kejohanan ini diharapkan mampu mengisi masa terluang peminat esports terutamanya FIFA20.

“Ini salah satu langkah untuk membantu kerajaan yang menggesa orang ramai khususnya belia agar duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus memutuskan rantaian COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Kejohanan FIFA20 adalah kesinambungan daripada penganjuran Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) Mobile oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Persatuan Sukan Eletronik Malaysia (ESM) yang dilancarkan baru-baru ini.

Selain hadiah terkumpul bernilai RM5,000, kejohanan yang boleh ditonton secara langsung di laman media sosial Gamesbond dan ESKL itu, turut menawarkan hadiah barangan eksklusif FAM dan tiket masuk ke Menara Kuala Lumpur.

Dengan bermain permainan video, remaja terutamanya dapat mengekalkan interaksi sosial yang baik dengan medium digital yang menarik dan unik.

Iklan

Hal ini kerana permainan video yang terkenal di kalangan masyarakat pada masa kini memerlukan interaksi dan kerjasama di atas talian antara para pemain.

Jadi, rebutlah peluang ini dan #juststayathome #janganputusasamalaysia