SEJAK perintah kawalan pergerakan dilaksanakan, banyak syarikat yang mengarahkan staf masing-masing untuk mula berkerja dari rumah (work from home). Diakui, bukan mudah untuk membiasakan diri dengan perkara yang tidak biasa dibuat. Namun apa salahnya jika mencuba kan.

Pun begitu, ada satu perkara mungkin ada yang terlupa iaitu penjagaan dan penampilan diri. Walaupun bekerja dari rumah, kita kenalah nampak cantik dan menarik. Apatah lagi jika bersama suami di rumah.

Bagi golongan hawa yang masih bujang pula, mekap juga boleh menjadi terapi untuk meningkatkan keyakinan diri. Barulah rasa lebih confident kan.

Oleh itu, Sinar Plus kongsikan tip solekan ringkas ketika berada di rumah.

1. Basuh muka dengan bersih.

Cuci muka sekurangnya dua kali sehari. Mencuci muka ni salah satu rutin yang penting dalam penjagaan wajah supaya muka kita bersih daripada segala kekotoran dan dapat memberikan kesegaran pada wajah.

Duduk rumah pun kena mekap, ini tip solekan ringkas

Nak cuci muka pun ada caranya. Pertama, ratakan pencuci muka pada wajah. Urut perlahan dalam pergerakkan membulat. Fokuskan pada bahagian dahi dan t-zone kerana ini kawasan paling banyak penghasilan minyak pada muka.

2. Oleskan basic foundation

Foundation pun penting untuk menutup cela dan supaya wajah tidak kelihatan pucat. Pilih foundation yang bersesuaian dengan kulit wajah. Jadi kenalah kenal dulu jenis kulit masing-masing.

Duduk rumah pun kena mekap, ini tip solekan ringkas

Jika kulit jenis berminyak pakai foundation jenis oil-free ataupun powder foundation. Jika kulit kering, pastikan moisturize dulu kulit muka sebelum oleskan foundation supaya kulit tidak nampak berkedut apabila memakai foundation nanti. Untuk kulit normal tidak ada masalah.

3. Jangan mekap terlalu tebal

Ingat ya, kita nak mekap simple untuk kelihatan cantik dan segar ketika berada di rumah. Jadi jangan mekap keterlaluan. Cukup sekadar basic foundation untuk menutup cela dan beri kesegaran pada wajah. Jangan lupa oleskan pemerah pipi dan gincu untuk menaikkan seri wajah. Kalau rajin boleh juga pakai celak pada mata untuk nampak lebih menarik.

4. Masa untuk dandan rambut

Iklan

Selain kecantikan wajah, jangan lupa rambut juga salah satu mahkota yang perlu diberi perhatian. Selepas mandi pastikan keringkan rambut dengan menggunakan hair dryer. Kemudian, sikat rapilah rambut.

Duduk rumah pun kena mekap, ini tip solekan ringkas

Boleh juga sepitkan sedikit helaian rambut hadapan tepi untuk memberi pandangan ayu. Selain itu, boleh juga ikat atau buat simpulan pada rambut.

5. Pilih pakaian bersesuaian

Iklan

Apabila berkerja dari rumah, pemakaian pun kena jaga tau. Contohnya, pada hari Isnin boleh pakai kemeja tight in dengan seluar atau skirt. Khamis, pakai pakaian bertemakan batik dan Jumaat mungkin boleh pakai baju kurung.

Duduk rumah pun kena mekap, ini tip solekan ringkas

Apa salahnya kita pakai cantik-cantik walaupun di rumah. Kita juga yang akan rasa gembira selain mood kerja pun boleh datang juga tau.

Nah anda sudah bersedia untuk ‘ke tempat kerja’.

Penulis- SUHAILA ALI