EB guna teknologi canggih hasilkan produk sejuk beku tahan lama
EB Frozen Food bukan sahaja menghasilkan produk yang Halal yang berkualiti tetapi makanan sejuk beku yang dikeluarkan tahan disimpan lama kerana menggunakan mesin automatik yang membantu dari segi kepantasan dan ketekalan kualiti produk yang dihasilkan.
Mereka menggunakan teknologi Individual Quick Freezing (IQF) yang canggih pada kira-kira -40 darjah Celsius yang menjamin kesegaran produk makanan walaupun selepas dinyahbeku.
Bagi menjamin kualiti produk, pihak mereka sentiasa akan memastikan proses pengeluaran hinggalah kepada pengedaran berada dalam keadaan selamat, bersih dan mengikut standard serta piawaian yang ditetapkan.
Menurut jurucakap EB Frozen Food, setiap produk EB Frozen Food seperti Crispy Fried Chicken Wonton, Chicken Roll, Prawn Paste dan lain-lain perlu disimpan di dalam peti sejuk beku di bawah -18 darjah Celsius.
“Penyimpanan di bawah tahap negatif ini bertujuan supaya tidak merosakkan produk dari segi rasa, rupa bentuk dan tekstur produk kami.
“Jadi produk sejuk beku ini perlu disimpan dalam peti ais yang mengikut ketetapan suhu yang betul supaya kualitinya terjaga,” katanya kepada Sinar Harian ketika memperkenalkan produk makanan sejuk beku terbaru keluaran syarikat itu.
Selain itu, produk EB juga sesuai untuk dimasak dengan semua jenis cara memasak mengikut stail produk tersebut.
“Kebanyakan produk kami boleh dimasak secara langsung tanpa perlu dinyahbeku. Kaedah mendidih, menggoreng secara tradisional atau menggoreng menggunakan peralatan moden boleh dilakukan.
“Bagaimanapun, kaedah memasak ini bergantung kepada ciri-ciri produk. Sebagai contoh, Crispy Fried Chicken Wonton digalakkan untuk menggoreng cara tradisional agar dapat mengeluarkan rasanya yang asli,” ujarnya.
Sementara itu, EB mahu pengguna menikmati makanan yang lazat sambil mempercepatkan masa penyediaan dan langkah pembersihan yang tidak perlu melalui proses yang rumit.
Justeru itu, produk EB dihasilkan dengan menerapkan idea ‘mudah disediakan’ untuk membantu pengguna menyediakan hidangan walaupun mereka sibuk dan sering tiada masa.
Beliau turut berkongsi petua memasak Resipi Prawn Paste menerusi produk EB Frozen Food My Daun Prawn Paste yang sesuai untuk jenis hidangan.
“Apabila air mula mendidih, masukkan pes udang ini ke dalam air berkenaan. Tidak perlu dicairkan,
masak dalam 2-3 minit dan siap dihidangkan untuk semua hidangan,” ujarnya.
Selain itu, Prawn Paste merupakan produk daripada udang yang disejukbekukan untuk memudahkan
pengguna menyediakan masakan udang.
Tidak perlu membuang kulit atau disiang, cuma buka plastik dan masaklah mengikut apa juga jenis dan cita rasa yang anda mahukan seperti dengan mi segera, sup tomyam atau sambal kangkung.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang