APABILA sedang berdiet, ada dalam kalangan kita enggan minum sebarang susu. Awal-awal lagi susu akan ditolak dalam senarai pilihan makanan kerana bimbang dengan kandungan gula yang tinggi.

Menerusi tulisan dalam Facebook, Editor Dietetik, Studio Dietetian Malaysia, Nur Aliah Syazwanie berkata, sebenarnya susu mengandungi hampir kesemua nutrisi yang diperlukan oleh badan kita terutama sekali kalsium.

Tulis Nur Alia, susu juga merupakan penyumbang utama kepada keperluan-keperluan seperti berikut:

i) Protein
ii) Vitamin A
iii) Riboflavin (sejenis Vitamin B2)
iv) Vitamin B12
v) Zinc

Mengikut saranan pengambilan susu oleh Garis Panduan Pemakanan Malaysia 2010, sebaik-baiknya susu diambil sebanyak dua hidangan sehari bagi memastikan keperluan kalsium turut diperoleh.

Mengulas lanjut mengenai pandangan bahawa terdapat kandungan gula dalam susu, ini penjelasan beliau:

“Sebenarnya, susu mengandungi laktosa iaitu sejenis gula semula jadi yang terdapat dalam susu atau produk tenusu.

“Ini termasuk produk berasaskan susu seperti milk shakes, yogurt, keju dan aiskrim,” kongsinya.

Kepada yang sebelum ini menyahkan produk susu ketika dalam proses menurunkan berat badan, sila masukkan ke dalam ‘cart’ anda semula, ya!

Katanya, susu yang mengandungi gula adalah ketika kita memilih susu berperisa seperti perisa strawberi, coklat, kopi mahupun susu berperisa kurma. Hah, lihat perbezaannya.

Mengapa? “Ia kerana majoriti susu berperisa akan mengandungi sukrosa iaitu sejenis gula ringkas atau gula putih yang akan menaikkan kadar penyerapan gula dalam darah dengan cepat,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mengesyorkan agar kita merujuk senarai bahan atau ramuan pada bungkusan produk terlebih dahulu sebelum membeli.

“Set dalam minda untuk sentiasa rujuk senarai bahan, jika sukrosa tersenarai dan anda pula dalam proses untuk diet, elakkan untuk memilih susu berkenaan,” beritahunya lagi.

Ketahui juga, setiap 5 gram (g) sukrosa atau gula bersamaan dengan satu sudu teh tau!

Bagaimana jika susu tersebut mengandungi 15g gula? Sudah pastinya menjangkau tiga sudu teh.

“Kandungan gula sebanyak itu perlu dirisaukan terutamanya mereka yang mempunyai masalah kencing manis.

“Justeru, jika anda sedang dalam fasa penurunan berat badan, boleh pilih susu rendah lemak sebagai penganti kepada susu penuh krim,” pesannya.

Iklan