Empat watak istimewa Mobile Legends pada koleksi tin NESCAFE. Apa lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ini

depan nescafe legends
depan nescafe legends
A
A
A

KEPADA peminat tegar Mobile Legends, jangan lepaskan peluang mendapatkan koleksi tin edisi terhad yang menampilkan watak permainan pada varian Original minuman berkenaan.

Karakter kegemaran ramai seperti Badang, Brody, Valir dan Aamon boleh dikumpul mulai sekarang.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Sedia-Untuk-Diminum (RTD), Nestle(Malaysia) Bhd, April Wong berkata, setiap tin NESCAFE x Mobile Legends edisi terhad boleh dibeli secara eksklusif di tiga peruncit khusus di seluruh negara.

Koleksi Badang boleh diperoleh di kedai 7-Eleven, Brody (stesen minyak Petronas), Valir (di stesen Shell).

Baca juga Kaki kopi, 3 perisa edisi terhad Nescafe Gula Bandung, Sirap Bandung dan Pandan wajib cuba. Rasanya memang unik!

Sementara koleksi Aamon dijadualkan akan dikeluarkan tidak berapa lama lagi.

"Pemain biasanya bermain selama berjam-jam pada satu-satu masa dan NESCAFE RTD adalah ideal untuk memberikan mereka rangsangan kafein, seterusnya dapat terus kekal berwaspada dan fokus," kata April.

Sebagai tambah nilai, orang ramai berpeluang memenangi barangan eksklusif NESCAFE x Mobile Legends edisi terhad secara eksklusif di 7-Eleven, Petronas dan Shell di seluruh negara pada bulan Mei dan Jun.

Layari www.nescafe.com.my untuk maklumat lanjut.

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca