Enaknya roti carbonara

roti carbonara
roti carbonara
A
A
A

ASYIK makan lauk pauk Melayu sesekali dapat makanan western best juga.

Oleh itu hari ini Sinar Plus ingin kongsikan resipi mudah iaitu Roti Carbonara. Boleh cuba buat di rumah ya.

Bahan-bahan:

1 biji bawang holland

Isi ayam (dicincang)

2 tin kecil carbonara sos

Setengah cawan susu segar

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang holland

2. Masukkan isi ayam yang sudah dicincang. Masak sehingga isi ayam itu garing sedikit sahaja

3. Masukkan sos carbonara dan susu segar

4. Kacaukan ia seketika dan tutup api

5. Tunggu sehingga carbonara itu sejuk

6. Apabila sudah sejuk masukkan ke dalam bekas dan simpan ia ke dalam peti sejuk beku selama 2 jam

7. Sementara itu, lenyekkan roti

8. Selepas 2 jam, letakkan inti carbonara pada roti dan lapikkan dengan satu lagi roti

9. Kemudian boleh tekapkan ia dengan menggunakan cawan untuk membuat bentuk bulat

10. Siap untuk digoreng. Pastikan minyak betul panas ketika ini.

11. Jom siap dihidang.

Resipi roti carbonara ni memang sedap lagi-lagi apabila makan waktu petang.

Selamat mencuba!

Penulis: Suhaila Ali

Foto: unsplash

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca