ALZHEIMER merupakan keadaan apabila seseorang individu lupa ingatan.

Penyakit tersebut lazimnya dialami oleh mereka yang sudah tua.

Menurut Hello Doktor, Alzheimer adalah salah satu jenis demensia yang mempengaruhi memori dan keupayaan seseorang untuk berfikir.

Ia juga memberi kesan kepada tingkah laku seseorang.

Punca Alzheimer tidak diketahui dan tiada ubat bagi menyembuhkan penyakit tersebut.

Pun demikian, terdapat kaedah untuk mengurangkan kemungkinan menghidapnya.

epal
SUMBER Anna Nekrashevich daripada PEXELS.

Berdasarkan laporan, satu penyelidikan terkini yang dijalankan di Sydney, Australia mendapati buah epal baik untuk otak dan mampu mengurangkan risiko Alzheimer.

Saintis Pemakanan, Dr Vincent Candrawinata berkata, terdapat bukti kukuh bahawa mengambil buah berwarna merah dan hijau itu secara kerap boleh meningkatkan ingatan seseorang.

“Makan epal membantu seseorang untuk ingat di mana anda meletakkan kunci kereta.

“Ini kerana ia mengandungi vitamin dan mineral yang bagus untuk memori,” ujar beliau seperti dilaporkan DailyMail UK.

epal
SUMBER Ivan Samkov daripada PEXELS.

Menurutnya, buah tersebut kaya dengan sebatian phenolic seperti flavonoid yang membantu melindungi otak daripada bahan berbahaya.

Saintis tersebut memetik kajian terhadap 2,800 orang responden berusia 50 tahun ke atas yang mengamalkan diet rendah flavonoid.

 

Penyelidikan yang dijalankan di Amerika Syarikat itu mendapati golongan tersebut berdepan kemungkinan dua hingga empat kali ganda lebih tinggi untuk menghidap Alzheimer dan demensia dalam tempoh 20 tahun.

Bahan tersebut boleh didapati dalam banyak buah-buahan seperti epal dan pir serta sayur-sayuran seperti kangkung dan bayam.

Baca juga: Jangan kerana seulas durian, kita masuk hospital. Ini baik buruk raja buah yang semua kena tahu

Alzheimer
SUMBER Andrea Piacquadio daripada PEXELS.

LINDUNGI SEL OTAK

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengambilan epal yang tinggi boleh melindungi sel otak daripada gangguan neuro.

“Neurotoksisiti berlaku apabila tubuh terdedah kepada bahan toksik semula jadi atau buatan manusia.

“Situasi itu mengubah aktiviti normal sistem saraf dan boleh mengganggu atau membunuh neuron otak,” katanya.

Iklan

Keadaan tersebut lazim berlaku kesan kemoterapi, sinaran, terapi atau pendedahan kepada logam berat seperti merkuri.

Bahan tambahan dalam makanan, racun perosak, bahan pencuci dan kosmetik juga menyumbang kepada penurunan fungsi otak.

EPAL
SUMBER Anete Lusina daripada PEXELS.

Dalam pada itu, Dr Vincent berkata, menambah epal segar ke dalam diet harian juga menyumbang banyak manfaat termasuk kesihatan mental.

“Epal mempunyai serat pektin yang baik untuk mengurangkan simptom kemurungan,” katanya.

Baca juga: Buah melon bantu kurangkan risiko kanser paru-paru, prostat & kerosakan mata. Banyak lagi manfaat lain

Baca juga: Betulkah buah nangka berangin dan tak boleh makan sembarangan? Ini penjelasannya

Iklan
SUMBER Vanessa Loring daripada PEXELS.

Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya sangat bermanfaat untuk tubuh.

Menarik, kan penemuan berkenaan. Apa lagi, dari sekaranglah kita kena makan epal untuk elak penyakit-penyakit tertentu.

Lagipun, buah berkenaan mudah didapati dan harganya pun tak mahal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!