KITA sering mendengar seseorang mengalami angin selepas makan nangka.

Buah tersebut walau diambil dalam jumlah yang kecil sahaja boleh menyebabkan perut rasa tidak selesa dan sebu.

Mengapa keadaan tersebut boleh berlaku? Adakah buah tropika tersebut mempunyai gas yang boleh menyebabkan angin?

Menurut Cleveland Clinic, gas dalam usus terhasil di dalam sistem pencernaan dan boleh dibebaskan melalui sendawa atau kentut.

Pengumpulan gas berlebihan di dalam perut menyebabkan rasa sakit perut dan kembung.

NANGKA
SUMBER Anna Tarazevich daripada PEXELS.

“Seseorang yang mengalami perut kembung selepas makan, ia mungkin berkaitan dengan masalah penghadaman.

“Ia boleh berlaku sama ada mereka makan terlalu cepat, mengalami masalah menerima makanan atau keadaan lain yang boleh menyebabkan gas berkumpul di dalam perut,” katanya.

Pencernaan makanan juga boleh menjadi punca gas dalam perut.

 

Kekurangan enzim tertentu untuk mencerna dan menyerap karbohidrat (gula) dalam makanan manis, berkanji serta berserat boleh mengakibatkan makanan tersebut masuk ke dalam usus besar.

dakit perut
SUMBER Cottonbro Studio daripada PEXELS.

“Bakteria akan memecahkan makanan tersebut dan membentuk gas hidrogen dan karbon dioksida.

“Untuk sesetengah orang, bakteria usus menghasilkan gas metana dan menyebabkan rasa kembung dan ketidakselesaan kepada individu tersebut,” jelas Cleveland Clinic.

ELAK KANSER, SEMBELIT

Dalam pada itu, laman WebMD menyatakan, nangka kaya dengan vitamin dan mineral berbanding epal, aprikot, pisang dan avocado.

Buah itu turut kaya dengan vitamin C dan salah satu buah yang tinggi kandungan vitamin B, folate, niacin, riboflavin, potassium dan magnesium.

Bahan yang memberi warna kuning kepada nangka, karatinoid pula tinggi dengan vitamin A dan boleh melindungi tubuh daripada kanser, penyakit hati, dan masalah mata.

Baca juga: Merah & manis! Sedapnya buah tembikai rupanya banyak khasiat dimakan ketika berbuka puasa

SAKIT PERUT
SUMBER Sora Shimazaki daripada PEXELS.

WebMD turut berkongsi manfaat kesihatan yang boleh diperoleh daripada buah nangka. Antaranya:

1. Mengelak sembelit
Nangka ia sumber serat yang baik. Ia boleh membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan membantu memastikan kelancaran pergerakan usus.

2. Menghalang ulser
Bahan kimia semulajadi dalam nangka boleh membantu menghalang pembentukan ulser di dalam perut.

3. Mengawal gula dalam darah
Badan mencerna dan menyerap nangka dengan lebih perlahan daripada beberapa makanan lain.

Ini bermakna gula darah tidak akan meningkat dengan cepat berbanding makan buah-buahan lain.

Kajian mendapati bahawa ekstrak nangka memudahkan penghidap diabetes mengawal gula darah mereka.

Baca juga:Jangan kerana seulas durian, kita masuk hospital. Ini baik buruk raja buah yang semua kena tahu

Iklan
nangka
SUMBER Abdul Sameer daripada PEXELS.

4. Menurunkan tekanan darah tinggi
Kalium yang terdapat dalam buah tropika tersebut membantu menurunkan tekanan darah dan mengelakkan penyakit jantung, strok dan reput tulang.

5. Melindungi kulit
Jumlah vitamin C yang tinggi dalam nangka boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan matahari. Vitamin C diperlukan untuk memastikan kulit sentiasa tegang dan anjal.

6. Melindungi kanser
Sebatian semula jadi fitonutrien yang terdapat dalam nangka bermanfaat untuk melawan kanser.

SETIAP ORANG, REAKSI BERBEZA

Sementara itu, rujukan di laman Healthline menyatakan buah tersebut selamat dimakan oleh kebanyakan orang namun ia boleh mendatangkan risiko alergi debunga.

nagka
SUMBER Azad Azhari daripada PEXELS.

Pun demikian, laman perubatan tersebut menyatakan tiada laporan menunjukkan pengambilan nangka boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius dan ia selamat untuk diambil oleh kebanyakan orang.

Iklan

Baca juga:Kaya dengan pelbagai nutrien. Ini manfaat chia seed yang perlu ramai tahu

Reaksi seseorang terhadap makanan adalah berbeza dan sekiranya ada mengalami masalah penghadaman akibat makan nangka, eloklah mengelak daripada mengambilnya.

Mereka yang tiada masalah, boleh makan makanan tersebut namun dalam kuantiti sederhana.

Sentiasa beringat, apa jua makanan jika diambil secara berlebihan juga boleh mendatangkan mudarat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang