FABER-Castell perkenal Fast Gel Z, mata pen yang buatkan penulis lebih lancar dan sempurna

A
A
A

FABER-Castell Malaysia baru-baru ini melancarkan Fast Gel Z iaitu pen gel yang memberi pengalaman penulisan sempurna dan paling lancar.

Dalam pembuatan Fast Gel Z, Faber-Castell telah mencipta mata pen multi-channelled yang dipadankan dengan dakwat yang berkelikatan rendah.

Pengarah Urusan Faber-Castell Malaysia, Andrew Woon berkata, teknologi mata pen baharu itu juga antara lain turut dapat mengurangkan geseran antara kertas dan pen.

“Antara masalah dihadapi pengguna ketika mengguna pen gel adalah tidak boleh menulis dengan lancar, dakwat yang comot dan pemegang menjadi licin terutamanya ketika menulis untuk jangka waktu yang lama.

“Hal itu telah mendorong kami untuk menginovasi pen Fast Gel Z yang membawa pengalaman penulisan ke satu tahap yang berbeza,“ katanya.

Berikut ciri-ciri menarik Pen Fast Gel Z:

  • Kelancaran yang tiada tandingan dalam prestasi penulisan.
  • Dakwat cepat kering dan tidak comot.
  • Dakwat yang pekat dan terang.
  • Genggaman yang lebih lembut untuk keselesaan ketika menulis.
  • Boleh diisi semula.

Pembelian boleh dibuat di kedai alat tulis dan pasar raya atau melalui https://shop.faber-castell.com.my/.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca