PELBAGAI reaksi diterima apabila Facebook dan Instagram buat pertama kalinya mengenakan caj perkhidmatan untuk langganan tanpa iklan di benua Eropah bermula bulan ini.

Platform media sosial milik Meta Platform Inc (Meta) mengikut pendekatan sama yang dilakukan aplikasi X yang turut mengenakan caj berbayar kepada pelanggan.

Meta dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, pengenalan servis tersebut ditawarkan di Switzerland, Kesatuan Eropah (EU) dan European Economic Area (EEA).

Lebih 30 negara yang tersenarai seperti Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland dan banyak lagi.

facebook Instagram

“Bagi mematuhi peraturan Eropah yang sedang berkembang, Meta memperkenalkan pilihan langganan baharu dengan servis diperibadikan secara percuma dengan iklan atau melanggan untuk menyekat iklan.

“Pendekatan ini diambil bagi memastikan maklumat peribadi pelanggan selamat di bawah dasar sedia ada dan Peraturan Perlindungan Data Am EU,” kata jenama tersebut.

facebook Instagram

Pada masa sama, Meta turut menawarkan caj bermula RM50.28 sebulan di laman web, manakala RM65.38 sebulan untuk pengguna iOS dan Android.

Bagaimanapun, mulai 1 Mac 2024 nanti, bayaran tambahan sebanyak RM30.20 sebulan di web dan RM40.27 sebulan dikenakan kepada pengguna iOS dan Android.

 

Meta turut menegaskan bahawa internet yang disokong dengan iklan secara tak langsung memberi orang ramai akses kepada produk dan perkhidmatan yang diperibadikan tanpa mengira status ekonomi.

“Langkah itu membolehkan perniagaan kecil menjangkau bakal pelanggan, mengembangkan perniagaan dan mencipta pasaran baharu dalam memacu pertumbuhan ekonomi Eropah.

facebook Instagram

“Seperti syarikat lain, kami akan terus menyokong internet yang disokong iklan, walaupun dengan tawaran langganan baharu kami di EU, EEA dan Switzerland.

Baca juga Facebook dan Instagram bakal ditutup bermula di Eropah? Ramai netizen bahas isu hak privasi pengguna

“Pada masa sama, kami menghormati semangat dan tujuan peraturan Eropah yang berkembang ini dan sentiasa komited untuk mematuhinya,” katanya.

Iklan

facebook Instagram

Agak-agaknya kenapa sevis caj tersebut difokuskan di tiga negara berkenaan?

Lapor New York Times, Mahkamah Keadilan Eropah yang merupakan mahkamah tertinggi di EU sebelum ini berjaya menghalang usaha Meta untuk menggabungkan data pelanggan merentasi tiga platform.

facebook Instagram

Institusi tersebut menolak gabungan data yang dikumpulkan melalui Facebook, Instagram dan WhatsApp tanpa kebenaran yang jelas oleh pengguna.

Baca juga Facebook, Instagram, WhatsApp bakal disekat mulai esok, ini yang terjadi di Indonesia

Iklan

Langkah drastik itu diambil selepas Meta dikenakan denda RM1.96 bilion kerana memaksa pengguna menerima iklan yang diperibadikan sebagai syarat menggunakan Facebook.

facebook Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang