Facebook promosi Messenger Rooms ingatkan pengguna sambutan tahun baharu di rumah

A
A
A

BERBAKI beberapa hari sahaja lagi tahun 2020 bakal melabuhkan tirai. Semua orang di dunia ini mempunyai sebab tersendiri mengapa peralihan tarikh 1 Januari setiap tahun itu sentiasa ditunggu-tunggu.

Seperti kebiasaan juga di sesetengah tempat, tahun baharu merupakan ‘big deal’ dan ia diraikan secara besar-besaran.

Namun, dek kerana pandemik Covid-19 yang menjejaskan dunia hari ini rasanya sambutan besar-besaran seumpama itu tidak mungkin akan dilaksankana oleh mana-mana negara.

Facebook promosi Messenger Rooms ingatkan pengguna sambutan tahun baharu di rumah

Oleh yang demikian, Facebook mengambil pendekatan dengan mempromosikan penggunaan Messenger Rooms pada laman utama aplikasi Facebook dan pada masa yang sama mengingatkan pengguna untuk menyabut tahun baharu di rumah bersama-sama rakan melalui Messenger Rooms.

Messenger Rooms menawarkan sokongan panggilan video yang boleh diguna pakai sehingga 50 pengguna dalam satu masa sekali gus membolehkan ia digunakan untuk tujuan kita membuat panggilan video secara berkumpulan.

Fungsi tersebut bertujuan untuk pengguna Facebook tetap kekal berhubung bersama rakan-rakan dan ahli keluarga hanya dengan menggunakan capaian internet.

Facebook promosi Messenger Rooms ingatkan pengguna sambutan tahun baharu di rumahDengan promosi yang dibuat, mesej yang ingin disampaikan Facebook rasanya cukup jelas yang mana ia secara tidak langsung mengingatkan pengguna supaya tidak keluar dari rumah sekiranya tiada sebarang keperluan dan sama-sama mengatasi penularan wabak Covid-19.

Nampaknya semua orang terpaksa biasakan diri dengan norma baharu ini selagi Covid-19 tidak benar-benar lenyap sepenuhnya di dunia ini.

Apa-apa pun ‘Stay home stay safe’!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca