Festival Floria Diraja Putrajaya 2022 dilanjutkan ke Ahad ini, ibu rebut peluang cuti sekolah bawa anak

A
A
A

FESTIVAL Bunga dan Taman Diraja Putrajaya (Royal Floria Diraja Putrajaya 2022) dilanjutkan sehingga 11 September ini, ibu-ibu, rebut peluang cuti sekolah untuk membawa anak-anak.

Susulan sambutan luar biasa daripada pengunjung sejak dibuka 29 Ogos lalu, kini festival yang memaparkan pelbagai spesies bunga-bungaan dan tanaman hiasan dibuka percuma untuk semua bermula esok.

Festival tersebut sepatutnya dijadualkan berakhir hari ini namun diumumkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, dilanjutkan sekali lagi sehingga Ahad ini bagi memberi peluang kepada mereka yang masih belum berkunjung.

Menurut Shahidan, tiket masuk ke Festival Floria Diraja Putrajaya 2022 adalah percuma mulai hari esok bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk membawa anak-anak mereka yang sedang bercuti penggal persekolahan sehingga hujung minggu ini.

Tambah Shahidan, terdapat pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya persembahan daripada kumpulan busker dan juga cabutan bertuah dengan hadiah utama berupa sebuah motosikal pada hari terakhir Floria Diraja Putrajaya 2022.

Baca juga 5 destinasi riadah mesra kanak-kanak di Negeri Sembilan, lokasi nombor 4 memang awesome

Festival Floria Diraja Putrajaya 2022

Sementara itu, ini info berkaitan Floria Diraja Putrajaya;

1. Floria Diraja Putrajaya merupakan pameran bunga dan taman berbentuk festival yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) semenjak tahun 2007.

2. Festival ini mempamerkan produk-produk komersial dari industri hortikultur dan landskap, pertunjukan taman, demonstrasi oleh pereka taman dan pertunjukan bunga-bungaan dari dalam dan luar negara di mana kesemua tarikan ini akan dipersembahkan di dalam suasana taman.

3. Floria Diraja Putrajaya 2022 telah dikunjungi lebih 400,000 pengunjung sejak ianya mula dibuka pada 29 Ogos lalu.

4. Festival flora ini diadakan di Anjung Floria, Presint 4 di Putrajaya, dan terdapat kira-kira 10,000 pokok orkid serta 400,000 tanaman pelbagai spesies dipamerkan.

5. Taman Keluarga Malaysia telah dipamerkan di festival itu dengan konsep yang diadaptasikan melalui tiga nilai iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

6. Selain Taman Keluarga Malaysia, antara komponen lain yang terdapat di festival itu ialah Taman Koboi dan Sukulen, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid dan Terowong Oncidium.

7. Pada ketika itu, Shahidan turut mengisytiharkan bunga raya sebagai bunga rasmi bagi Putrajaya.

Baca juga Bestnya! Wanita kongsi trip 5 sekeluarga naik kereta api, backpack Kajang ke Dabong siap itinerari

Festival Floria Diraja Putrajaya 2022

8. Edisi ke-12 Festival Bunga dan Taman yang dianjurkan oleh PPj dengan sokongan Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia serta Tourism Malaysia turut mengambil kira sambutan Jubli Perak Putrajaya yang ke 25 tahun serta sambutan Hari Kebangsaan ke-65.

9. Tarikan utama merupakan Taman Keluarga Malaysia, Taman Koboi, Taman Instagrammable, Hiasan Dinding Orkid, Terowong Oncidium, Clock Meadow, Taman ‘Glow in the Dark’ serta Taman Bonsai dan Suiseki manakala komponen seperti Laman Astaka DiRaja dan laluan utama yang amat popular kembali dengan wajah baru iaitu Floral Sky Walk.

10. Pada waktu malam pula, festival ini akan dilimpahi dengan pancaran dan kesan cahaya lampu khas di setiap laluan utama dan kawasan utama sekitar tapak festival seperti Red Carpet, Oncidium Tunnel, Dendrobium Walk, dan Taman Fantasi. Selain mempamerkan inovasi teknologi kesenian pencahayaan kreatif pada flora dan fauna, FLORIA juga menjadi platform kepada pengunjung menikmati keindahan persekitaran festival pada waktu malam.

Jadi, ayuh ibu bapa membawa anak-anak berkunjung ke Floria Diraja Putrajaya 2022. Rebut tawaran percuma yang diberikan bermula esok!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca