Menariknya…pereka lelaki hasilkan tudung labuh berkualiti, selesa

tudung
September 6, 2020
Oleh Izyan Liyana

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

LAZIMNYA, jenama tudung diasaskan oleh kaum Hawa.


Bagaimanapun, jenama Jimmyscarves memecah monopoli berkenaan apabila ia dipelopori oleh seorang usahawan lelaki yang berwawasan tinggi.

Kepada SinarPlus, Muhammad Azim Mat Noor atau nama komersialnya, Jimmy berkata, beliau memberanikan diri memilih perniagaan tudung kerana minat dan peluang yang dimilikinya. Baginya, tudung merupakan satu elemen bisnes yang menarik untuk diterokai.

“Idea tercetus (bisnes tudung) apabila saya mempunyai ahli keluarga yang menjalankan perniagaan kilang jahit pukal. Dari situ saya mengambil peluang yang ada untuk meneruskan hasrat untuk menjadi seorang usahawan dengan mewujudkan jenama sendiri iaitu Jimmyscarves iaitu sempena nama saya, Jimmy,” katanya.

Iklan

Tambah menarik, pada ketika hijabista di luar sana sukar mendapatkan tudung jenis labuh yang bermutu tinggi, Jimmyscarves tampil membawakannya.

tudung
JIMMY (gambar kecil) mengambil inisiatif menghasilkan tudung jenis labuh yang bermutu tinggi untuk para hijabista hari ini.

Ujar Jimmy, pihaknya menyedari di pasaran kini tidak begitu banyak tudung jenis sedemikian yang in-trend ditambah dengan pilihan yang sangat terhad sama ada dari segi desain yang eksklusif, premium dan berkualiti.

Iklan

Menurut usahawan muda itu, untuk koleksi Jimmyscarves, tudung jenis segera (instant) adalah kepakaran mereka.

“Oleh yang demikian, kami pelbagaikan tudung instant jenis labuh yang sememangnya memberi kesenangan kepada
pemakai.

“Tudung instant Jimmyscarves mempunyai awning yang terbentuk cantik sekali gus memudah dan mencepatkan pemakaian tudung, terutamanya buat para pelanggan kami yang terdiri daripada golongan ibu dan yang bekerjaya,” katanya.

Variasi pilihan

Dari segi pemilihan material, pihaknya banyak menggunakan crepe chiffon yang menjadi pilihan ramai wanita.

“Crepe chiffon sangat lembut, tak panas dan selesa. Di samping itu, kami juga mempunyai koleksi yang menggunakan material jenis ironless,” katanya.

Dalam pada itu, Jimmy berkata, jenamanya juga lebih cenderung untuk menggunakan corak flora kerana ia lebih dekat dengan sasaran pasaran Jimmyscarves.

“Setiap koleksi yang dihasilkan mempunyai tema tersendiri supaya ia nampak lebih tersusun dan berbeza dengan koleksi lain. Sebagai contoh, koleksi edisi terhad, edisi istimewa dan malar segar, semuanya mempunyai motif tersendiri mengikut tema,” katanya.

Selain tudung labuh, Jimmyscarves turut mengeluarkan pelbagai jenis tudung lain seperti bawal, selendang termasuk sarung.

“Untuk selendang, saiznya agak berbeza dengan yang terdapat di pasaran kerana kami menyediakan panjang shawl 2.1 x 0.75 meter untuk memastikan pemakai dapat menggayakannya dengan pelbagai gaya tetapi masih labuh,” katanya sambil memberitahu, terdapat kira-kira 15 warna tudung yang boleh dipilih.

tudung
PARA wanita yang mementingkan aurat dan penampilan, jenama Jimmyscarves merupakan pilihan yang ideal ditambah dengan pelbagai pilihan corak dan harga yang berpatutan.

Sebagai tambahan, Jimmy berkata, pihaknya juga menjual beberapa aksesori yang dapat melengkapkan lagi gaya sopan Muslimah seperti sarung lengan, cincin tudung dan kerongsang edisi istimewa Jimmyscarves.

Kepada satu soalan, Jimmy berkata, cita rasa fesyen wanita hijabi kini turut berubah mengikut trend fesyen dunia.

“Oleh yang demikian, Jimmyscarves akan terus mengikut peredaran fesyen dan memenuhi cita rasa pelanggan dengan masih mengekalkan konsep labuh dengan desain moden kontemporari,” katanya

Iklan