JENAMA terkemuka, Nokia Corporation (Nokia) menampilkan inovasi fon telinga lebih ranggi, Nokia Essential True Wireless Earphones E3100.

Menurut laman rasmi Nokia, fon telinga yang dicipta dengan pemacu dinamik menjadikan sambungan antara peranti lebih lancar bersama Bluetooth 5.0.

Fon telinga Nokia E3100 direka untuk sambungan terus aplikasi Siri dan Google Assistant. Hanya dengan kawalan suara sahaja, carian lagu, membuat panggilan atau mencari arah menjadi lebih mudah.

“Reka bentuk kalis cuaca IPX3 memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna yang berdepan masalah peluh atau air dalam keadaan luar jangka,” kata label tersebut.

nokia

Berikut kelebihan Nokia E3100:

  • Mampu bertahan 2.5 jam untuk tempoh masa mendengar lagu tanpa henti.
  • Kapasiti bateri pada kotak pengecas mudah alih mampu bertahan hingga 10 jam.

 

Baca juga Model baharu Nokia XR21 lebih lasak, bateri bertahan 48 jam, lengkap dengan ciri keselamatan perbankan tahap tinggi

Baca juga Nokia 3.4 unggul dengan tiga rangkaian kamera

Iklan
  • Dua jam tempoh masa pengecasan bateri untuk fon telinga dan bekas fon telinga.
  • Tampil dengan pilihan warna hitam, biru, jingga, merah dan biru laut.

nokia

Harga bermula RM129 hingga RM179 di Shopee dan Lazada.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang