foodpanda raikan Krismas dengan banyak tawaran hebat. Pesan item dekor dan makanan hanya satu klik

A
A
A

foodpanda raikan Krismas dengan banyak tawaran hebat. Pesan item dekor dan makanan hanya satu klik.

SAMBUTAN Krismas pada kali ini nampaknya begitu meriah. Sejak awal bulan ini lagi, rata-rata pusat beli-belah di negara ini sarat dengan dekorasi menarik dan berwarna-warni.

Bagi menghangatkan lagi suasana, foodpanda bersedia untuk ‘Menyebarkan Keriangan Seperti Panda’ dan meraikan musim perayaan dengan pelbagai tawaran menarik.

Gambar hiasan.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Sayantan Das berkata, apa sahaja kehendak pengguna seperti bahan masakan dan barangan perhiasan rumah, anda tidak perlu lagi bersesak-sesak membeli-belah sempena Krismas.

"Bagi mereka yang meraikan Krismas, makanan adalah sama pentingnya dengan pengalaman saling bertukar hadiah.

"Daripada bersusah payah memasak di dapur, nikmatilah kemudahan foodpanda dan luangkan lebih banyak masa berharga dengan orang yang tersayang dengan memilih vendor dine-in foodpanda yang menyediakan pelbagai pilihan hebat untuk sebarang majlis sambutan perayaan.

"Pengguna bukan sahaja boleh duduk dengan tenang sambil dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat, mereka juga boleh menikmati pelbagai ganjaran dan diskaun yang menakjubkan kerana memilih untuk dine-in di restoran terpilih," katanya.

Antara seperti di Cafe-Cafe, The Bee dan Bestow Cafe.

Gambar hiasan.

foodpanda akan menghadiahkan pengguna dengan potongan sebanyak 40 peratus bagi pesanan minimum RM25. Untuk menebus diskaun tersebut, gunakan kod: PESTAPANDA.

Bagi membawakan sedikit keajaiban Krismas, cuba beberapa hidangan perayaan yang disediakan. Ditawarkan untuk tempoh yang terhad sahaja!

ZUS Coffee

-Ini adalah masanya untuk menikmati rasa coklat yang hebat! Zus Coffee mempersembahkan tawaran tempoh terhad sempena Krismas dengan Chocolate Hazelnut Frappe, Chocolate Berry Frappe dan Hot Australian Chocolate.

Gambar hiasan.

Pizza Hut

-Crackin’s Thin Crust: Kerak roti yang nipis ini bertambah enak kerana dilengkapi dengan lebihan berkeju.

-Cheesy Pepper Double Box: Dengan pepperoni ayam, bebola ayam, daging ayam, tomato, bawang dan keju mozzarella dengan serdak merah.

Gambar hiasan.

Juice Works

-Avo Christmas: Avocado, susu rendah lemak, madu, aiskrim vanila dan sorbet.

Pin Tea

-Merry Earl Grey Series: Minuman The Snow, The Party dan The Orchard.

O’Briens Irish Sandwich Café

-Ayam belanda dengan mayonis kranberi dan roti ciabatta.

Gambar hiasan.

foodpanda sentiasa memastikan ada sesuatu untuk setiap orang dan untuk si kecil yang berada di rumah, apa kata kalau anda suntik keterujaan mereka dengan 'bantuan' LEGO Malaysia?

Benarkan mereka bermain dan belajar pada masa yang sama.

Gambar hiasan.

-LEGO Duplo Floating Red Panda Bath Toy kini boleh didapati di pandamart untuk hanya RM 49.90.

-Nikmati diskaun sehingga 15 peratus.

-Pembelian set LEGO akan melayakkan anda menerima hadiah percuma.

-Pembeli yang paling banyak berbelanja berpeluang untuk memenangi LEGO.

-Flower Bouquet Set bernilai RM269.90.

-Tempoh kempen bermula dari 16 Disember hingga 29 Disember ini.

Jadi, apa lagi? Jom membeli-belah dengan cara paling mudah!

BACA JUGA: Fasha Sandha cari rider Foodpanda, plat nombor 5513

BACA JUGA: Macam-macam ‘sale’ setiap kali hujung tahun. Mahu lebih mudah dan jimat, foodpanda tawar diskaun kaw kaw

BACA JUGA: Shopee menawarkan diskaun lebih 60 peratus, sempena Hari Natal. Tak rugi kalau buat pembelian sekarang!

Foto: PEXELS

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca