Shopee menawarkan diskaun lebih 60 peratus, sempena Hari Natal. Tak rugi kalau buat pembelian sekarang!

SEMPENA Hari Natal tidak lama lagi, Shopee sekali lagi membuatkan orang ramai ‘tidak senang duduk’ apabila kempen Give With Love menawarkan potongan harga yang tidak masuk akal.

Cuba kalian bayangkan, produk kecantikan yang dijual pada harga lebih RM200, kini diberi diskaun sebanyak 50 peratus!

Penjimatan sekali ganda, memang betul-betul berbaloi sekiranya kaki shopping bijak menggunakan peluang keemasan itu.

Ingat, hari ini merupakan hari terakhir untuk mendapatkan harga yang kaw kaw murah.

Antara jenama yang turut serta dalam kempen itu juga memang menjadi kegemaran wanita.

Antaranya seperti AHC, Hasbro, Etude, Mondelez International, Signature Market, Anakku, LEGO dan KITSUI.

AHC Premium Hydra Soother Set

Menariknya kesemua produk kecantikan jenama AHC, dijual dalam bentuk set lengkap.

AHC merupakan produk kecantikan keluaran Korea dan harga asal bagi set lengkap adalah RM279.00, tetapi sempena Give With Love, orang ramai boleh dapatkan set itu dengan harga RM139.50 sahaja.

Memang terbaiklah Shopee menawarkan potongan harga jualan yang gila-gila. Jadi buat para wanita yang menginginkan kulit yang mulus, lembab dan jelita persis wanita Korea.

Kepada mereka yang ingin membuat pembelian, Shopee juga ada berikan baucar AHC iaitu potongan sebanyak 10 peratus dengan pembelian minimum sebanyak RM120. Jadi apa tunggu lagi jom serbu Shopee sekarang.

Disney’s Frozen 2 Spirits of Nature Set

Haa…Bukan itu sahaja, Give With Love juga ada menyediakan set pemberian hadiah khusus buat kanak-kanak.

Menerusi kempen itu, jenama Hasbro turut menyediakan set Disney’s Frozen 2 Spirits of Nature Set.

Fuhhh, kalau anak-anak tengok set itu, pasti ‘hentak kaki’ gara-gara mahukan mainan yang sungguh comel pada mata mereka.

Masakan tidak, set Enter The Magical World itu menawarkan enam patung permainan dalam satu kotak!

Rasa rugi sungguh kalau mak ayah tak beli untuk anak-anak kerana harga asal RM119.90. Harga selepas potongan sebanyak 64 peratus, hanya RM42.90 sahaja.

Mondelez International

Menerusi penjualan itu, Mondelez International memberi potongan harga sebanyak 15 peratus kepada peminat coklat jenama Cadbury.

Harga bagi Cadbury Milk Tray hanya dijual dengan harga RM16.98 sahaja.

Orang ramai boleh jadikan ia sebagai hadiah pemberian sempena sambutan Hari Krismas nanti.

Memang tak rugi apalagi menyesal kalau beli sekarang.

Untuk jenama tersebut, Shopee turut memberikan baucar yang boleh ditebus, namun sayangnya kesemua baucar itu telah habis digunakan.

Usah khuatir, kalian masih boleh nikmati potongan harga tersebut sehinggalah berakhirnya kempen Give With Love.

Iklan

Etude

Lagi satu produk kegilaan wanita adalah eye shadow jenama Etude!

Mesti ramai kaum Hawa yang tertunggu-tunggu Etude mengadakan promosi.

Jadi, ini adalah waktu yang tepat untuk kalian dapatkan Etude House Play Color Eyes.

Jenama itu menawarkan potongan harga sebanyak 20 peratus. Harga asal bagi set berkenaan adalah RM103 dan harga selepas hanya RM82.40.

Bagi mereka yang ingin kelihatan cantik, boleh dapatkan Etude House Play Color Eyes kerana warna yang tersedia, memang sesuai dengan kesemua warna kulit.

Shopee menyediakan baucar diskaun sebanyak RM7 kepada mereka yang membuat pembelian minimum sebanyak RM70.

LEGO City Lunar Space Station 60349

Iklan

Buat mereka yang gila dengan permainan lego, ini adalah masa yang sesuai untuk kalian rebut tawaran runtuh tersebut.

Menerusi kempen itu, harga yang ditawarkan sememangnya mampu milik! Bayangkan permainan jenama LEGO yang terkenal di seluruh dunia memberi potongan harga sebanyak 25 peratus.

Harga asal bagi LEGO City Lunar Space Station 60349 cuma RM289.90, manakala harga selepas potongan berjumlah RM217.40.

Menariknya, Shopee turut menyediakan baucar potongan sebanyak 95 peratus dengan nilai pembelian minimum sebanyak RM0 dan dihadkan pada RM8.

Jadi apa tunggu lagi, jom serbu Shopee sekarang!

Jangan tangguh pembelian, terus masuk ke aplikasi Shopee untuk menikmati potongan harga yang tidak masuk akal itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi