Ford tawar penjimatan servis 20 peratus hingga Februari 2021

ford
ford
A
A
A

SIME Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia kini giat menawarkan Kempen Promosi Servis Hujung Tahun.

Pengarah Pengurusan, Sime Darby Auto ConneXion, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz berkata, bermula pada 23 November lalu hingga 15 Februari 2021, pihaknya menawarkan servis penjimatan hingga 20 peratus termasuk faedah tambahan percuma.

Ini bermakna, semasa pelanggan membuat tempahan sepanjang tempoh kempen, penjimatan itu dapat dimanfaatkan untuk penyelenggaraan kenderaan alat ganti terpilih dan minyak enjin.

"Bagi memastikan kenderaan pengguna berada dalam keadaan baik,mereka boleh mendapatkan pemeriksaan 27-poin yang akan dilakukan juruteknik Ford bertauliah secara percuma.

"Tidak ketinggalan alat-alat ganti daripada Pengilang Peralatan Tulen juga digunakan di 42 pusat servis berdaftar Ford di seluruh negara," ujarnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sebagai tambahan, semua alat ganti Ford adalah di bawah jaminan tempoh 12 bulan atau 20,000/kms.

Dalam pada itu, bagi memerangi virus Covid-19, pihak SDAC menyarankan agar pelanggan membuat janji temu servis kenderaan terlebih dahulu.

Semua pusat servis dan bilik pameran masih beroperasi di lokasi yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

Pun begitu, ia bergantung kepada pengumuman kerajaan dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat lanjut sila layari, sdacford.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca