FRIED carrot cake atau dikenali dengan nama kek lobak putih goreng memang popular dalam kalangan masyarakat Tionghua di negara ini.

Cara pembikinannya agak mudah, hanya menggunakan tepung beras, jagung dan isi lobak putih yang sudah disagat halus.

Kesemua bahan tersebut kemudian dikisar halus bersama stok ayam dan sesudu udang kering sebelum dimasukkan ke dalam loyang.

Adunan yang sudah kenyal selepas dikukus akan diletakkan di dalam peti ais sebelum dipotong dadu.

Ramai peminat makanan tersebut lebih berselera jika makanan tersebut digoreng basah seperti kuetiau. Lagi sedap kalau ada lambakan tauge, memang superb!

Mahu goreng begitu saja pun enak. Hirisan luar lebih crispy dan bahagian dalam pula lembut. Budak-budak pun suka makan!

Fried carrot cake

Melihat foto saja sudah bikin terliur. Bukan setakat makanan favourite masyarakat Cina, bangsa lain termasuk Melayu pun mempunyai selera yang sama.

Jika mahu mencari premis yang menjual kek lobak goreng yang halal dan sedap sekarang ini juga agak mudah.

 

Carian SinarPlus di media sosial mendapati, hidangan tersohor tersebut banyak dijual di pasar malam dan memiliki peminat sendiri.

Tak kurang juga, premis selesa turut disediakan untuk pengunjung yang mahu menikmati kulinari Cina tersebut bersama keluarga.

Berikut empat pilihan tempat yang boleh kalian pertimbangkan:

Fried carrot cake

1. Adam Kitchen
Alamat: Cawangan seluruh negara
Waktu operasi: 11 pagi hingga 10 malam
Facebook: Adam’s Kitchen Kulai
Instagram: @adamskitchenkulai

Fried carrot cake

Fried carrot cake

2. The Dim Sum Place
Alamat: G11, G Village, Desa Pandan, Kuala Lumpur
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam
Facebook: The Dim Sum Place MY
Instagram: @thedimsumplacemy

Baca juga Resipi inti serba guna hasilkan 3 kuih berbeza, popia, tauhu bergedel & wantan, sedap macam kat gerai

Fried carrot cake

Iklan

3. LobakMY
Alamat: Penghantaran sekitar Ampang, Selangor dan Kuala Lumpur
Waktu operasi: Bergantung kepada tempahan
Instagram: @lobakmy

Fried carrot cake

 

4. Saiful Fried Carrot Cake
Alamat: 103, Jalan Kempas Indah 1/5, Taman Kempas Indah, Johor
Waktu operasi: 12 tengah hari hingga 10 malam
Facebook: Saiful Fried Carrot Cake
Instagram: @saifulfriedcarrotcake

Baca juga Turunkan berat badan, cantikkan kulit. Ini 12 khasiat lobak putih

Banyak lagi tempat menarik yang menyajikan lauk yang sama. Kalau nak senaraikan satu persatu memang penuh list.

Iklan

Fried carrot cake

Jika kalian ada pilihan tempat makan yang menyajikan fried carrot cake yang super sedap, bolehlah kongsi di ruang komen kami.

Okey! Selamat menjamu selera.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang