Gabungan pulut & kopi, resipi istimewa Gula Melaka Latte dua sahabat baik ini wajib dicuba

A
A
A

SEBAIK celik mata, penduduk di Amerika Syarikat, Australia dan beberapa negara di Eropah pasti akan minum secangkir kopi panas.

Di Malaysia budaya itu tidak 'seagresif' seperti di negara-negara tersebut. Namun, kecenderungan itu tetap ada.

Jika tidak, pencinta kopi tempatan atau antarabangsa tidaklah berbaris panjang mendapatkan minuman kegemaran masing-masing di premis tertentu.

pulut dan kopi

Sejak kebelakangan ini, pelbagai pihak dilihat tampil dengan cara kreatif untuk menyedapkan lagi minuman kopi.

Dua sahabat baik yang juga pencinta minuman itu, Nor Fazrina Fazrin Hassan, 27, dan Iffah Irdina, 27, turut tampil dengan idea mereka yang tersendiri.

Mereka tidaklah menghasilkan kopi sendiri, sebaliknya bancuhan minuman itu yang dirintis mereka menarik perhatian ramai.

Mereka yang menggunakan kopi asli Aceh Gayo, campuran Brazil, Indonesia dan Colombia telah mencipta sensasi aroma luar biasa apabila menggunakan gula melaka pandan untuk menghasilkan rasa lemak pada minuman yang dihasilkan.

pulut dan kopi

Menurut dua sahabat baik itu, resipi berkenaan diolah sendiri oleh mereka, meskipun tidak berpengalaman dalam dunia barista.

"Sebenarnya, kami banyak kali mencuba pelbagai idea dan resipi untuk menghasilkan kopi terbaik. Pada masa sama, kami juga berguru dengan pakar barista untuk kaedah bancuhan kopi tradisional lebih setahun lamanya.

"Alhamdulillah, percubaan kami berjaya dan Gula Melaka Latte menjadi menu signatur paling laris setakat ini selain Caramel Latte," kata Nor Fazrina yang juga penuntut Ijazah Sarjana Seni Visual dan Media Baharu di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor.

Baca juga Harga murah dan topping unik, Ais Kepal Cik Ana viral sepanjang PKP

Ujar usahawan muda itu, mereka berdua sangat bersyukur dengan sambutan yang diterima daripada pelanggan sejak dibuka pada tahun lalu.

"Belum mula operasi, sudah ramai menunggu. Buat masa ini, kami menggunakan tiga termos bersaiz 7 liter dan menggunakan satu mocha pot untuk menyajikan lima jenis minuman panas dan sejuk.

"Biasanya, dalam tempoh dua jam, semuanya licin dibeli pelanggan," katanya.

Bercerita tentang gerai mereka yang kelihatan sangat minimalis, gadis itu berkata, mereka mengambil contoh konsep gerai tepi jalan seperti di Jepun.

pulut dan kopi

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Bagaimana pula idea memadankan kopi dan pulut? Ujar Nor Fazrina, buah fikiran itu datang daripadanya ibunya.

"Ibu kata, sajian pulut kuning yang dijamah bersama kopi menjadi satu amalan orang dulu-dulu terutamanya pada majlis keraian. Justeru, bagi mengembalikan nostalgia lama, gandingan pulut dan kopi kami bawakan untuk pencinta kopi.

"Ya memang benar. Rasanya lebih enak dan secangkir kopi memang tidak cukup. Rata-rata pengunjung yang pernah rasa, memang akan datang semula untuk membeli menu signatur kami," katanya sambil tertawa kecil.

Pulut & Kopi

  • Alamat: Bandar Teknologi Kajang, Selangor
  • Waktu operasi: 11 pagi hingga habis stok
  • Menu signatur: Gula Melaka Latte dan Caramel Latte
  • Harga: Bermula RM3.50 hingga RM7
  • Facebook: PulutdanKopi
  • Instagram: @pulutdankopi

pulut dan kopi

Kini terdapat pelbagai alternatif untuk menikmati secangkir kopi. Jika selera anda menidakkan kopi jenama antarabangsa, apakata cuba hasil sentuhan anak tempatan.

Mereka yang digelar sebagai pengusaha kopi hipster hadir dengan resipi yang kadangkala jauh lebih sedap berbanding yang terdapat di restoran. Harga pun lebih murah dan berbaloi.

Selain Pulut dan Kopi, terdapat empat lagi destinasi yang boleh dipertimbangkan pembaca SinarPlus jika secara kebetulan berada di lokasi-lokasi yang dinyatakan.

kopi

Kopi Senget

  • Alamat: Lot 239, Batu 11 1/4, Jalan Klang Banting, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor
  • Waktu Operasi: 8 pagi hingga 8 malam (Sabtu-Ahad) dan 12 tengah hari hingga 7 malam (Rabu-Jumaat)
  • Menu signatur: Caramel Macchiato dan Speciality Coffee V60
  • Harga: Bermula RM4 hingga RM12
  • Instagram: @kopisenget

kopi

Kopi Mesin

  • Alamat: Kubang Kerian, Kelantan; Bukit Jelutong, Selangor; Beserah, Pahang; Kuala Terengganu, Seri Iskandar, Perak dan Putrajaya
  • Waktu Operasi: 8 pagi hingga 8 malam
  • Menu signatur: German Iced Coffee
  • Harga: Bermula RM5.50 hingga RM8.50
  • Instagram: @kopimesin

kopi

Kopi Dua Darjat

  • Alamat: Antaranya Kota Warisan Sepang (Kipmall), SP1 Bandar Saujana Putra, Desa Pandan Ampang, Lakefield Sungai Besi, Bandar Sri Pemaisuri, Seksyen 3 dan 4 Tambahan Bangi, Jenaris Kajang, Setiawangsa, Seksyen 13 Shah Alam dan Setapak
  • Waktu Operasi: 12 tengah hari hingga 7 malam
  • Menu signatur: RM3 hingga RM11
  • Harga: Kopi Darjat Karamel dan Kopi Makha
  • Facebook: Kopi Dua Darjat
  • Instagram: @kopiduadarjat

kopi

Ariff’s Coffee

  • Alamat: Hadapan Klinik Penawar Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan
  • Waktu Operasi: Bermula jam 7 pagi
  • Menu signatur:
  • Harga: RM5 hingga RM12
  • Facebook: Mohd Ariff Saharudin

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca