Garapan mempesona koleksi Luxury Raya Wajie Ibrahim. Satukan sentuhan tradisional, kontemporari

TAK lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Demikian perumpamaan paling tepat menggambarkan betapa baju kurung tetap menjadi pilihan dan sesekali tidak akan dilupakan.

Biarpun pelbagai gaya dan rekaan moden menyusup masuk, desain klasik tetap menjadi idaman ramai lebih-lebih lagi ketika musim Syawal.

Baca ni Suntikan lebih segar, moden dan praktikal, rekaan fesyen Rizman Ruzaini tampilkan 10 selebriti daripada generasi berbeza

Wajie

Disebabkan faktor itulah, pereka fesyen tempatan tanah air, Wajihan Ibrahim tidak menang tangan menerima tempahan.

Kepada yang mungkin tahu, garapan indah yang ditumpahkan pada rekaan busana baju kurung dan diperelokkan lagi dengan potongan moden membuatkan jenamanya, Wajie Ibrahim sering menjadi pilihan ramai.

“Sebelum ini, dunia fesyen agak muram lantaran Perintah Kawalan Pergerakan, kemudian pada tahun lepas, kita raya mengejut. Semuanya jadi kelam-kabut.

“Jadi, pada tahun 2023, insya-ALLAH kita bakal menyambut Syawal seperti biasa. Kali ini, kita umpama nak ‘balas dendam‘ dan bersedia dengan banyak koleksi baharu yang pasti akan menawan hati pelanggan,“ katanya.

Anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu menegaskan, biarpun lambakan gaya baharu yang kadangkala menyakitkan mata tatkala melihatnya, beliau masih tetap berpegang kepada elemen tradisional, sekali gus menjadi signatur bagi setiap rekaan jenama Wajie Ibrahim.

Baca ni ‘Terletak elok, tak sibuk nak cabut.’ Maryam kongsi video Rina sarung hijab & jubah raih pujian ramai. Comelnya!

“Saya tidak akan lari dengan konsep sedemikian. Cuma dalam himpunan Ramadan dan Syawal 2023 yang bertemakan Luxury Raya, saya beri sentuhan sedikit moden iaitu stail puffy atau kembang pada bahagian bahu.

“Selain itu, saya turut menekankan teknik potongan bertingkat bagi menampakkan gaya lebih eksklusif. Memang lain daripada yang lain dan sekali pandang, orang akan tahu itulah sentuhan daripada label saya,“ ujarnya yang mesra disapa Wajie.

Baca lagi Wajah comel terpapar pada botol kordial F&N hampir 2 dekad, ini wajah terkini Madihah ‘si gadis sirap’

KEPELBAGAIAN RONA

Menambahkan lagi rencah kepada keterampilan busana, Wajie turut menerapkan sedikit percikan moden kontemporari yang lebih unik, terkini dan sesuai dengan aliran semasa.

Tambah menarik, beliau memilih konsep sulaman yang pastinya menjadi kegemaran ramai wanita.

“Untuk itu, sebanyak 11 koleksi saya keluarkan. Cuma kali ini sulaman pada baju tidak terlalu terperinci, sesuai dengan permintaan pelanggan. Seperti yang saya katakan tadi, terdapat potongan puffy, selain konsep lipatan. Saya memilih untuk kekalkannya untuk menampakkan lebih ‘drama‘ pada setiap helaian busana berkenaan,“ ulasnya.

Mengenai pemilihan material, Wajie menggunakan fabrik jenis kapas, renda dan sifon.

Ujar pereka fesyen berpengalaman itu, beliau sememangnya akan mengutamakan material kapas kerana ringan dan sesuai dengan cuaca khatulistiwa di negara ini.

Iklan

“Saya juga memilih sifon kerana nampak lebih eksklusif dan mewah. Terdapat beberapa helaian menggunakan fabrik satin dan songket. Ciri-ciri ini akan menjadikan sesuatu pakaian lebih elegan dan menarik,“ katanya.

Berbeza dengan pereka lain yang memfokuskan kepada satu-satu warna sahaja, Wajie sebaliknya.

“Saya percaya tak semua orang sesuai dengan warna tertentu. Misalnya, oren. Ada yang suka, ada tak. Namun, bagi saya rona lembut seperti coklat nude, champagne, cosmic sky blue pada saya sangat cantik lebih-lebih lagi di bawah pancaran matahari,“ jelasnya yang turut menampilkan himpunan flora.

Terkeluar sedikit daripada topik perbualan, penulis bertanya kepadanya apakah perancangan masa depannya dalam industri fesyen, demikian jawapan beliau:

“Impian saya sejak dahulu lagi adalah menjadikan Wajie Ibrahim sebagai platform untuk pelanggan memilih rekaan kegemaran mereka dengan merujuk laman web yang kami wujudkan atau pelanggan mengusulkan idea sendiri.

“Saya berpendapat dengan kaedah ini, ia akan memudahkan orang ramai memenuhi kehendak dan kegemaran mereka. Saya dengan penuh berharap dapat mengetengahkan konsep sedemikian di Malaysia. Di luar negara sudah biasa, tetapi di Malaysia masih baharu lagi,“ ungkapnya.

Iklan

Baca ni Tampak mewah dan eksklusif, abaya sentuhan Ezuwan Ismail dijangka laku keras sempena Aidilfitri

Wajie menambah, pendekatan sebegitu disifatkan amat bijak. Ia bukan sahaja akan membikin pemakainya lebih selesa, malah mengikut kesesuaian personaliti masing-masing.

“Jika kita berikan baju yang cantik tetapi pelanggan tidak berkeyakinan, maka baju tersebut tak kan nampak menarik. Saya mahu setiap pelanggan tampil cantik dan barulah saya rasa berbaloi dengan hasilnya,“ ujar Wajie yang menjadikan pereka Perancis, Stephane Rolland sebagai idolanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.