Garing di luar lembut di dalam, ini resipi mudah buat bingka susu lemak berkrim

SESEKALI datang teringin nak makan kuih yang mudah dibuat? Mungkin bingka susu ini boleh anda cuba.

Bingka susu ini amat disukai ramai kerana ia garing di luar dan lembut di dalam serta rasanya yang lemak berkrim.

Cuba juga Cara buat sosej ayam homemade versi sihat, tanpa pengawet hanya 7 bahan

Resipi bingka susu ni agak popular juga sejak dua menjak ni. Kemanisannya boleh disesuaikan mengikut selera masing-masing. Jika ingin lebih manis boleh lebihkan susunya.

Bila dibakar bau bingka ini sangat harum menusuk kalbu.

Selain sesuai untuk menu minum petang, bingka susu ini juga boleh dijadikan juadah untuk berbuka puasa pada bulan Ramadan nanti.

Bahan-bahannya;

  • 1 cawan tepung gandum
  • 7 sudu besar tepung kastard
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sudu besar gula
  • 2 biji telur gred B
  • 2 cawan air
  • 6 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil garam

Cuba juga Lebih 1,200 share, cara mudah buat serunding ikan, resipi peniaga confirm jadi

Cara membuatnya;

1. Campurkan semua bahan kecuali dan marjerin. Kacau sehinga sebati.

Iklan

2. Panaskan dua cawan air dan enam sudu dan masukkan bahan tadi. Kacau-kacau hingga pekat.

Cuba juga Cantik bulatnya! Ini resipi bebola keledek lembut di dalam rangup di luar

3. Masukkan dalam acuan dan bakar 170 darjah celcius selama 50 minit atau satu jam ikut oven masing-masing.

Iklan

Selamat mencuba!

Sumber: Nitaharry

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.