KUIH Akok adalah kuih tradisi yang popular di negeri Kelantan dan Terengganu. Ia sangat enak dinikmati sebagai juadah berbuka puasa.

Jom layan resipi ni!

Resipi Akok Kedut sedap

Hidangan: 24 biji

Bahan-bahan:

  • 5 biji telur
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan pekat
  • 150 gram gula melaka
  • Gula
  • 1 cawan air
  • 4 helai daun pandan
  • 1 sudu kecil garam
  • Sedikit minyak masak

Persediaan bahan-bahan:

  • Carik-carikkan daun pandan, kemudian simpul
  • Racikkan gula Melaka supaya cepat larut bila dimasak

Cara-caranya:

1)Panaskan oven pada suhu 200˚C menggunakan api atas dan bawah.

2)Griskan acuan akok dengan minyak masak dan masukkan ke dalam oven.

3)Buat air gula dengan memasak air, gula, gula melaka dan daun pandan dengan api kecil sehingga mendidih dan cair sepenuhnya. Matikan api dan biarkan sejuk. Keluarkan daun pandan.

4)Satukan gandum, santan, air gula, telur dan garam di dalam blender. Kisar sehingga sebati. Tapiskan ke dalam bekas, kemudian hentak-hentakkan bekas ke atas kaunter tiga empat kali untuk membebaskan buih dari dalam adunan.

Iklan

5)Keluarkan acuan akok dari oven dan tuang adunan ke dalam setiap lubang acuan sehingga hampir penuh.

6)Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar selama 10 minit atau sehingga warna bertukar ke perang keemasan.

7)Akok akan mengembang semasa dimasak dan akan mengecut perlahan-lahan bila dikeluarkan dari oven.

Iklan

8)Siap! Keluarkan dari oven dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba!

PENULIS: NURUL ADRIANA
FOTO: FACEBOOK