Guna 2 bahan jer buat Biskut Almond, yang bujang pun boleh cuba!

A
A
A

BAGI yang belum berkesempatan nak buat kuih raya, apa kata cuba resipi almond nip yang sangat istimewa ini.

Hanya perlu dua bahan saja. Ada yang panggil biskut ini sebagai Almond Cluster.

Memang mudah, rasanya yang penuh coklat ditambah pula dengan kerangupan kacang badam – mesti akan buat anda ketagih! Ini resipinya.

Bahan-bahan:

1 kg badam cincang

1 kg coklat masakan

Cara penyediaan:

- Panggang kacang badam dalam oven selama lebih kurang 20 minit dengan suhu 160 darjah. Boleh balik-balikkan badam tu supaya ia dipanggang dengan sekata.

- Bagi mereka yang tidak ingin menggunakan over boleh sangai (goreng tanpa minyak) atas kuali hingga agak-agak cukup masak dan keperangan. Bila dah cukup masak, ketepikan dan biarkan ia menyejuk sementara kita lakukan langkah seterusnya.

- Seterusnya, ambil coklat masakan dan cairkan secara double boiler. Kemudian, ambil badam yang telah disangai / dipanggang tadi dan campurkan ke dalam coklat yang dah dicairkan. Gaul hingga rata.

resipi

- Sekarang, dah bolehlah masukkan ke dalam paper cup/acuan mengikut kuantiti yang sesuai.

- Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk supaya coklat mengeras dengan cepat. Sekejap saja, dalam 2-3 minit dah keras coklatnya. Selepas coklat dah mengeras, bolehlah simpankan kuih yang dah siap tadi ke dalam bekas kedap udara.

resipi

- Jangan risau, coklatnya takkan cair. Sebabnya coklat masakan ni kalau kita lambat tuang ke dalam paper cup pun ia akan keras semula.

Siap! Sangat mudah dan tidak memerlukan modal yang mahal untuk nak buat kuih raya ni. Memang senang dan sedap. Rugilah kalau tak cuba.

Sumber: Fb Puan Rasilah Daud

Penulis: Fatin Syazwani Mohammed Hanif

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca