Habis licin dalam tempoh 12 jam, Mi Smart Band 6 memang lain daripada lain
PERCAYA atau tidak, edisi gelang pintar terbaharu Xiaomi, Mi Smart Band 6 habis licin disapu peminat dalam tempoh 12 jam sahaja selepas tarikh pratempahan diumumkan untuk pasaran tempatan.
Hanya pada harga RM189 sahaja, aksesori canggih keluaran syarikat multinasional elektronik China itu menjadi tumpuan.
Gajet itu juga antara yang paling laris dalam barisan model wearable sejak 25 April lalu.
Dibangunkan dengan sistem yang lebih sofistikated, bacaannya lebih tepat untuk ciri pemantauan kesihatan seperti SpO2 Measurement 3. Wow! Hebatkan?
SpO2 antara lain mampu mengesan kadar degupan jantung dengan betul dan fungsi pengesanan ritma tidur juga dipertingkatkan.
Selain mempunyai kapasiti bateri yang mampu bertahan selama 14 hari, fitur baharu tersebut dilengkapi dengan port magnetik untuk memudahkan proses mengecas dan kalis air.
Berkongsi keunikan gelang pintar tersebut, Pengurus Besar Xiaomi Malaysia dan Singapura, Nicolas Shi berkata, rakyat Malaysia kini lebih peka dengan kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
“Kami teruja menerima maklum balas pelanggan yang cukup menggalakkan dan sebagai pengeluar nombor satu wearable di dunia, Xiaomi akan terus menawarkan produk lebih inovatif dan mengagumkan.
“Mi Smart Band 6 ini juga dibangunkan atas dasar misi agar pengguna dapat mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif untuk versi diri yang lebih baik,” katanya.
Apa yang menarik mengenai gelang pintar yang juga berfungsi sebagai jam ini?
Berikut perinciannya:
1. Didatangkan dengan ciri inovatif iaitu paparan skrin sentuh 1.56 inci yang cukup menarik.
2. Lengkap dengan 30 jenis workout yang menyeronokkan dan mencabar termasuk mod latihan indoor.
3. Ciri sukan profesional seperti gimnastik atau pilihan zumba dan tarian jalanan.
4. Bantuan kitaran tidur dengan REM dan kualiti pernafasan ketika tidur.
5. Pemantauan tekanan dan pengesanan kesihatan khusus untuk wanita.
Bagi mereka yang masih mencari-cari gajet yang didatangkan dengan lima pilihan warna ceria itu, boleh dapatkan di platform Lazada dan Shopee atau outlet rasmi di seluruh negara.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang