JIKA anda masih buntu haiwan peliharaan masih tidak memahami arahan yang diberikan, teknologi daripada FluentPet barangkali boleh membantu.

The Smart Talking Button System atau Sistem Butang Percakapan Pintar yang diperkenalkan itu membolehkan pemiliknya berkomunikasi secara dua hala dengan haiwan dengan teknik tersendiri.

Menurut kenyataan yang dipetik menerusi laman web FluentPet, kit pintar tersebut yang dicipta dengan ciri FluentPet Connect merupakan sistem butang dengan ciri kecerdasan buatan (AI).

Reka bentuk butang berbentuk HexTiles yang menggabungkan ciri Connect Base itulah membolehkan komunikasi dua hala antara haiwan kesayangan seperti kucing dengan pemiliknya berlaku.

Fluentpet

“Setiap butang mempunyai fungsi berbeza untuk mengajar haiwan memahami bahasa seperti makan, tidur atau bermain yang lengkap dengan pembesar suara.

Baca juga Lebih murah dan ekstra penjimatan berganda, Shopee Jualan Tahun Baharu Cina 2023 tawar item menarik buat pencinta kucing

“Terdapat tiga pilihan kit iaitu untuk versi percubaan, pembelajaran bahasa dan Connect Base khusus untuk pengguna mengajar haiwan peliharaan berkomunikasi dengan mudah,” katanya.

Iklan

Fluentpet

Harga ditawarkan untuk gajet itu bermula RM306 hingga RM1,006. Untuk informasi lanjut, layari https://fluent.pet.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi