Hanya 2 cawan dark chocolate dapat hasilkan 36 potong kek, sedapnya brownies kedut

A
A
A

SAMBUTAN hari raya di peringkat sekolah merupakan majlis yang paling dinanti-nantikan oleh anak-anak.

Pada waktu inilah, mereka dapat bergaya serta membawa juadah hari raya untuk dimakan bersama rakan-rakan.

Namun, pasti ada di antara para ibu yang runsing apabila anak-anak meminta menyediakan juadah untuk dibawa ke sekolah.

Usah risau, kali ini Sinar Plus ingin berkongsikan satu resipi kek brownies yang mudah untuk disediakan.

Terima kasih kepada pengguna media sosial, Facebook, Raja Azlina yang berkongsikan resipi tersebut di dalam laman entri beliau.

Baca juga: Kek pisang coklat sedap di rumah terbuka, mudah disediakan hanya 6 langkah

Kredit foto: Raja Azlina

Berikut bahan dan cara penyediaannya:

BAHAN A

  • ¼ cawan mentega
  • 2 cawan dark beryls coin

BAHAN B

  • ½ cawan gula perang
  • 2 biji telur grad B
  • 1 sudu teh esen vanila

Baca juga: Laksa bukan sebarang laksa, ini laksa lemak Siam, wajib cuba!

BAHAN C

  • ¾ cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 sudu teh serbuk Nescafe (pilihan)
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • Secubit garam halus

BAHAN-BAHAN LAIN

  • Loyang saiz lapan inci
  • Kertas pembakar

CARA PENYEDIAAN

1. Masukkan bahan A ke dalam mangkuk kemudian, cairkan bahan menggunakan kaedah double boil sehingga kedua-dua bahan menjadi cair dan sebati.

2. Seterusnya masukkan bahan B ke dalam mangkuk yang berasingan dan kacau perlahan-lahan sehingga sebati.

3. Kemudian, kacau kesemua bahan B sehingga sebati di dalam mangkuk yang berasingan.

4. Langkah seterusnya campurkan bahan A dan bahan B dan kacau sehingga adunan kelihatan likat dan sebati.

5. Seterusnya masukkan bahan C ke dalam adunan dan kacau sampai ia kelihatan likat seperti dodol.

6. Alas loyang dengan menggunakan kertas pembakar, kemudian masukkan bancuhan ke dalamnya.

7. Panaskan ketuhar selama 10 minit.

8. Apabila ketuhar telah panas, masukkan loyang yang berisi adunan itu ke dalamnya dan bakar selama 20 hingga 25 minit dengan menggunakan tetapan api atas bawah suhu 160 darjah celcius.

9. Keluarkan loyang dan sejukkan kek terlebih dahulu sebelum dihidangkan kepada para tamu.

Raja Azlina menegaskan untuk menggunakan telur grad B sahaja sekiranya ingin brownies yang dibuat kelihatan berkedut.

Beliau juga menjelaskan bahawa menggunakan apa-apa jenis coklat dan mentega tidak akan menjejaskan kualiti brownies.

Mudahkan resipi ini?

Apa tunggu lagi para ibu, buat ini sahaja untuk majlis sambutan hari raya di sekolah anak-anak nanti.

Selamat mencuba!

Baca juga: Mudah dan ringkas, 2 cawan tepung gandum dah boleh dapat bahulu gebu

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca