PASTI ramai yang inginkan wajah tampan dengan jawlines yang mengancam. Untuk itu Sinar Plus kongsikan senaman muka yang sangat mudah dan hanya mengambil masa selama 3 minit sahaja. Jom cuba.

1.Kunyah chewing gum

Hanya makan chewing gum sahaja pun boleh berikan anda jawlines. Pertama sekali dapatkan apa-apa sahaja jenama dan perisa chewing gum dan kunyah. Cara mengunyah chewing gum yang betul adalah mulakan dengan bahagian kanan mulut sebanyak 10 kunyahan.

Hanya 3 minit dapatkan jawlines

Kemudian, bahagian depan mulut dan kiri mulut. Setiap bahagian itu lakukan 10 kunyahan juga. Lakukannya berulang kali sebanyak tiga set. Anda pasti akan rasa ketegangan pada tulang rahang anda selepas melakukannya.

2.‘Bubble face’

Senaman kedua ini digelar ‘bubble face’. Caranya, penuhkan mulut anda dengan udara. Kemudian tolak udara itu kebahagian hadapan mulut dalam keadaan mulut yang bertutup selama 10 saat. Ulang perkara yang sama ke bahagian kiri dan kanan mulut. Lakukannya sebanyak 6 set sehari untuk mendapatkan result yang maksimum.

Hanya 3 minit dapatkan jawlines

3.Senyum

Ini senaman paling mudah. Anda hanya perlu senyum. Senyum seluasnya selama 10 saat dan lakukannya sebanyak 10 set. Ia pasti akan memberi anda jawlines yang diinginkan.

Hanya 3 minit dapatkan jawlines

4.Buka mulut seluasnya

Senaman keempat ini juga mudah tetapi agak terasa sedikit lenguh pada rahang. Caranya tutup dan buka mulut seluasnya dalam keadaan pergerakan mendonggak ke atas. Lakukan juga pergerakkan buka dan tutup mulut itu ke sisi kiri dan kanan muka. Untuk permulaan boleh lakukan sebanyak 20 pergerakkan buka dan tutup mulut setiap arah iaitu atas, kiri dan kanan sebanyak 2 set.

Iklan

5.Senaman huruf vokal

Lakukan senaman ini dengan pergerakkan mendongak ke atas, buka mulut seluasnya sambil menyebutkan huruf vokal. Lakukannya selama 10 saat sebanyak 6 set.

Hanya 3 minit dapatkan jawlines

Inilah antara senaman yang sangat mudah tanpa mengambil masa yang lama tetapi mampu memberi anda wajah tampan dengan jawlines seperti model. Selamat mencuba!

Iklan

SUMBER: Youtube The Qush

Penulis : SUHAILA ALI