Harga rumah makin mahal, lelaki ini luah rasa, gaji RM10 ribu belum tentu dapat miliki rumah sendiri

SETIAP tahun pasti akan ada kenaikan bukan sahaja harga barang tetapi juga harga rumah. Sebab itu, jika dilihat sekarang ini lebih ramai anak muda sanggup menyewa rumah dari membeli kerana faktor bebanan kewangan.
Perkara ini turut dikongsikan oleh seorang lelaki yang berusia 32 tahun yang mana baru-baru ini beliau meluahkan perasaan di media sosial miliknya tentang keperitan untuk membeli rumah sendiri walaupun dengan gaji yang dianggap banyak.
Pendapatan kasar RM10,100 sebulan masih lagi belum mampu memiliki rumah sendiri menjadi perdebatan netizen tentang kos sara hidup yang makin meningkat sekarang ini. Lelaki ini mendedahkan walaupun bergaji tinggi tetapi komitmen setiap bulan telah menghabiskan lebih separuh dari gajinya.

Antara komitmen bulanannya adalah bayaran 3 buah kereta (Perodua dan Toyota) berjumlah RM2,000. Kereta tersebut digunakan oleh ayah, ibu dan adik-beradiknya. Manakala sewa rumah dan utiliti memakan kos RM1,800 sebulan. Selain itu, lelaki tersebut juga perlu membayar semula pinjaman pelajaran RM200 sebulan.
Makanan dan hiburan melibatkan kos RM1,500 sebulan di mana kebanyakannya menggunakan khidmat penghantar makanan dan juga kenderaan e-hailing. Akhir sekali, pelan telefon, internet di rumah dan juga insurans dengan jumlah RM670 sebulan.
Selepas menolak semua komitmen ini, baki RM4,000 yang ada di tangannya seperti tidak mampu untuknya membeli rumah kos RM500,000 ke atas untuk keselesaan ibu dan ayahnya yang sudah meningkat usia.
Walaupun mempunyai simpanan selepas sejak dua tahun yang lalu namun ia masih belum cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan untuk membeli rumah sendiri. Selain daripada perlu menanggung perbelanjaan untuk ibu dan ayahnya, dia juga bertanggungjawab menjaga adik-beradiknya yang lain.

Tanpa memberikan maklumat penuh tentang berapa usia mereka, semua komitmen itu menjadi kekangan sehingga beliau sanggup melakukan kerja tambahan untuk menampung perbelanjaan bulanannya.
Ramai netizen memberi pendapat masing-masing tentang masalah yang dihadapi oleh lelaki ini. Antaranya:
“Nampak agak terbeban di situ sebagai sandwich generation”
“Tukar Grab, naik motor bro. Jimat banyak”
“Being adult, is it really necessary to carry your own pain alone? Or we just choose to live like this?”
“3 cars for parent and siblings? House for parents? Sounds to me that his family was milking him hard”
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang