ARTIS terkenal, Zizan atau nama sebenarnya, Mohammad Razizan Abdul Razak dilihat semakin hari semakin sukses dalam membangunkan kariernya dalam dunia hiburan.

Siapa sangka, di sebalik jenakanya, Zizan juga merupakan salah seorang selebriti tempatan yang dilihat meminati sukan permotoran.

Terdapat beberapa media tempatan melaporkan, Zizan juga sudah berjaya memiliki beberapa buah kereta mewah termasuklah Nissan GTR yang menjadi impian ramai lelaki di luar sana.

Hobi menunggang 'kuda besi' Zizan
Zizan sendiri menyifatkan jentera dua roda kesayangannya itu sebagai peneman setianya untuk berulang alik ke tempat kerja. Foto: IHSAN INSTAGRAM @zizanrazak869

Selain itu, fenomena ‘trend’ motosikal jenis Yamaha 15ZR atau nama popularnya ‘Ysuku’ juga termasuk dalam jentera ‘permainan’ Zizan.

Ya, tidak dinafikan ia menjadi kegilaan anak-anak muda. Siapa sangka golongan usia pertengahan termasuk Zizan sendiri rupanya antara peminat kuda besi itu.

Sudah beberapa kali Zizan dilihat memuat naik gambar beliau dan motor kesayangannya itu di laman sosial seperti Instagram dan Facebook.

Zizan sendiri menyifatkan jentera dua roda kesayangannya itu sebagai peneman setianya untuk berulang alik ke tempat kerja.

Beliau turut dilihat kerap melakukan pengubahsuaian terhadap Y15ZR miliknya sehingga jentera itu agar tampak gah, cantik dan sempurna.

Daripada apa yang pernah dikongsi Zizan di laman Instagram miliknya, ubahsuai yang dilakukannya hanya untuk minat sahaja kerana beliau suka melihat motosikal yang dimiliki berada dalam kondisi yang cantik dan selesa untuk ditunggang.

Iklan

Zizan juga meminati motosikal sejak di zaman sekolah, tetapi pernah memberitahu pada masa itu beliau tidak mampu untuk melakukan pengubahsuaian yang memerlukan modal yang besar. Pastinya apabila mempunyai peluang, beliau meneruskan hobi yang diminati.

Selain itu, Zizan juga dikatakan menunggang motor superbike Ducati Panigale untuk dijadikan kenderaan hariannya pergi bekerja.

Hobi menunggang 'kuda besi' Zizan
Zizan nampaknya menjadikan aktiviti menunggang motosikal dan melakukan modifikasi hanya sebagai hobi serta mengisi masa lapang. Foto: IHSAN INSTAGRAM @zizanrazak869

Bagi peminat jentera berkuasa tinggi, untuk memiliki sebuah kenderaan yang cool sudah tentunya memerlukan perancangan rapi dari pelbagai sudut.

Iklan

Komitmen tinggi dan taraf ekonomi yang kini semakin meningkat akan membuatkan impian memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi seseorang individu itu terbantut.

Zizan antara individu boleh dijadikan contoh, seorang yang ukur baju di badan sendiri. Apa salahnya jika berkemampuan, teruskanlah apa sahaja hobi yang diminati.

Zizan nampaknya menjadikan aktiviti menunggang motosikal besar dan melakukan modifikasi hanya sebagai hobi serta mengisi masa lapang. Bagi golongan sepertinya, aktiviti tersebut memberikan 1,001 kepuasan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata.