MAKAN aiskrim ketika cuaca panas memang sangat nikmat. Betul tak?

Masakan tidak, aiskrim antara pencuci mulut kesukaan ramai apatah lagi ketika dinikmati dalam cuaca panas. Tambahan pula cara pembuatannya cukup mudah terutama aiskrim yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga ia digelar aiskrim Malaysia.

Sebut sahaja aiskrim Malaysia pasti ramai yang sudah terbayang keenakkannya.

Home-made aiskrim ala Magnum mudah, murah dan sedap!
Aiskrim Malaysia era baharu.

Alaa aiskrim yang panjang-panjang dalam plastik jernih tu. Dulu zaman penulis kanak-kanak aiskrim tu dijual 10 sen je. Sekarang aiskrim Malaysia telah di ‘hipster’ kan dengan tambahan pelbagai perasa mengikut peredaran zaman.

Kini terdapat perasa seperti Oreo, Choki-choki, Sumi, Kacang Hijua, Jelly Loly Pop dan banyak lagi lah. Penulis jamin semuanya sedap-sedap. Memang rakyat Malaysia sangat kreatif dan jarang menghampakan!

Terbaru, ada aiskrim Malaysia didatangi dengan berkonsepkan ala Magnum yang kini makin tular di laman sosial Facebook terutamanya. Ramai yang telah mencuba menu tersebut dan dikongsi di halaman sosial masing-masing dan ternyata mampu menarik perhatian ramai.

Aiskrim itu digelar ala Magnum kerana ia dibuat coklat keras di luar, di dalamnya ada aiskrim lembut. Memang seakan-akan aiskrim Magnum yang dijual di pasaran.

Bayangkan dapat makan aiskrim sejuk-sejuk sambil gigit salutan coklat kat luar tu.. Pergh, sedapnyaa nikmat dunia! Haha!

Jom kita tengok resipi aiskrim magnum yang dikongsikan oleh seorang pelayar Facebook yang dikenali sebagai Raja Amanina.

Bolehlah anda cuba sepanjang tempoh PKP ini terutama sekarang pun musim panas. Memang kena sangat la tu kan.

Jom lihat bahan-bahan untuk menyediakan aiskrim ala Magnum ini dan cara ia dibuat yang dikongsi oleh Raja Amanina.

Bahan untuk Aiskrim Vanila

  • 2 cawan whipping krim (dairy)
    *Saya guna whipping krim aiskrim lagi gebu lagi putih nak guna susu cair @ susu fullcream pun boleh je
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil ovellate
  • Sedikit esen vanila

Bahan untuk salutan coklat

350gm coklat masakan & dark chocolate (apa-apa brand pun boleh je. Saya guna yang timbang kilo je lebihan buat almond london)

CARA-CARA

1. Kisar bahan aiskrim Vanila

Mula-mula campurkan kesemua bahan lepastu putar dengan mixer @ blender hingga kembang gebu (saya pakai blender je).

Home-made aiskrim ala Magnum mudah, murah dan sedap!

Mixer @ blender hingga adunan jadi kembang 2 kali ganda.

2. Double boil coklat

Kemudian double boilkan coklat hingga cair.

Tunggu coklat suam sikit.

3. Ratakan coklat dalam plastic aiskrim

Seterusnya masukkan coklat yang dah double boil tadi ke dalam piping bag.

Iklan

Lepas tu picit ke dalam plastik aiskrim dan ratakan.

Agak-agak je tak nipis sangat tak tebal sangat.

Jangan risau salutan coklat tu tak perlu mengeras. Kalau tunggu mengeras nanti dia tak bersalut dengan ais krim.

2. Tuang adunan aiskrim

Disebabkan coklat tu pekat, jadi bila ratakan dalam plastik tu, coklat akan melekat kat keliling plastik. Tengah-tengahnya automatik kosong sebab tu boleh tuang aiskrim kat tengah.

Home-made aiskrim ala Magnum mudah, murah dan sedap!

Iklan

So boleh tuang macam biasa. Kalau dah mengeras nanti dia tak bersalut dengan ais krim.

Kalau nak lagi senang buat pendek-pendek je. Saya potong sikit plastik aiskrim tu.

3. Sejukkan

Akhir sekali sejukkan dalam peti ais selama 5-6 jam atau semalaman.

Siap!

Home-made aiskrim ala Magnum mudah, murah dan sedap!

Nampak sedap kan? Cara pembuatannya tak susah pun. Jom kita cuba buat kat rumah!