Honda keluarkan warna lebih ummphhh, Platinum White Pearl nampak lebih glossy, mewah

A
A
A

JIKA pengeluar automotif lain sibuk mengeluarkan varian jentera terbaharu, nampaknya Honda Malaysia merancang strategi lebih hebat dengan upgrade dua produk paling laris jenama itu dengan rona lebih memukau iaitu Platinum White Pearl.

Model Civic dan BR-V Serba Baharu diangkat ke level lebih tinggi dengan pilihan warna premium bagi menggantikan White Orchid Pearl yang sebelum ini menjadi jualan paling tinggi.

Jika ramai yang perasan, warna itu pernah diperkenalkan pengeluar jenama Jepun itu dalam barisan model kenderaan pelbagai guna (MPV), Odyssey, jenis sedan eksekutif segmen-D dan Accord generasi ke-10.

 

BR-V baharu

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, pengenalan warna baharu berkenaan melengkapkan keanggunan daya dan tarikan Civic dan BR-V Serba Baharu yang sporty.

“Rona White Orchid Pearl terbukti sangat popular dalam kalangan pelanggan apabila menyumbang 38 peratus dan 25 peratus keseluruhan jualan Civic dan BR-V.

“Pun begitu, selepas Platinum White Pearl diperkenalkan, kami lihat penerimaan yang baik dalam pasaran apabila menyumbang kepada 33 peratus jualan,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Ujar Ishiyama lagi, pengenalan rona terkini itu akan dikembangkan kepada model segmen-C dan Crossover tujuh tempat duduk.

Wah! Nampaknya ada saingan hebat dalam model Crossover di Malaysia. Apa-apapun minat dan cita rasa setiap orang lain-lain.

Barangkali ada orang minat warna putih, ada yang suka warna gelap. Banyak pilihan yang ada tapi apa yang penting, ongkosnya saja.

 

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca