Honda lancar BR-V, kempen bantu cegah Covid-19

No Image Caption
A
A
A

PANDEMIK Covid-19 yang melanda Malaysia kini mendorong Honda Malaysia melancarkan dua kempen bantuan kemasyarakatan serentak dengan pengenalan model baharu crossover tujuh tempat duduk, Bold Runabout Vehicle (BR-V).

Kempen-kempen berkenaan ialah Be Kind With BR-V dan Honda Dealer Donation Drive yang bermula sejak awal bulan ini hingga 31 Ogos akan datang.

Bagi setiap unit BR-V baharu yang berjaya dijual, sejumlah sumbangan akan disalurkan kepada program-program bantuan tersebut.

Sempena projek itu juga, para pelanggan Honda boleh mengunjungi pengedar terdekat untuk menderma barangan asas seperti makanan kering atau barangan keperluan rumah.

Kesemua hasil derma yang diterima akan dikumpul dan dihantar kepada komuniti yang memerlukan di kawasan berhampiran premis pengedar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, Honda Malaysia terharu dengan komitmen rakyat Malaysia terutamanya barisan hadapan yang bekerja keras dan penuh dedikasi untuk menjadikan negara ini lebih selamat.

“Rakyat Malaysia telah berganding bahu untuk membanteras virus dalam tempoh yang agak panjang dan kini telah memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang membenarkan perniagaan beroperasi semula termasuk industri automotif.

Mengenai BR-V baharu, Ishiyama berkata, ia merupakan sebuah model pilihan mampu milik untuk keluarga yang memerlukan kereta tujuh tempat duduk.

“Sejak pengenalan BR-V di Malaysia pada tahun 2017, model berkenaan telah mencipta revolusi dalam segmen van mini dan mendapat sambutan yang mengalakkan hasil daripada kombinasi ciri-ciri praktikal dan versatil, kualiti dan penjimatan minyak,“ katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

BR-V baharu diperkenalkan dengan beberapa penambahbaikan yang menjadikannya sebuah crossover yang lebih diingini oleh setiap keluarga dengan rekaan luaran dan dalaman yang mengujakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen-kempen bantuan kemasyarakatan atau ingin memandu uji BR-V baharu, para pelanggan dijemput melawat mana-mana pengedar Honda Malaysia di seluruh negara atau menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca