HONOR X9b 5G baru-baru ini menerima pengiktirafan Lima Bintang Rintangan Jatuh Setiap Sudut oleh SGS Switzerland.

Penganugerahan itu sekali gus menyaksikan peranti tersebut menjadi jenama pertama di peringkat global yang menerima perakuan dengan kehebatan Teknologi Antijatuh Melantun Ultra HONOR.

Label tersebut dalam satu kenyataan berkata, pelancaran produk baharu dengan teknologi dan material termaju telah meningkatkan kapasiti penyerapan hentakan hingga 1.2 kali ganda.

Baca juga: Kelebihan skrin lebih lebar, HONOR Magic V mampu bertahan dengan 200,000 lipatan untuk 5 tahun

 

Ketahanan HONOR X9b 5G juga disifatkan pada tahap terbaik meskipun jatuh pada ketinggian 1.5 meter dari setiap sudut.

“HONOR dengan bangganya memperkenalkan HONOR X9b 5G yang direka khas untuk kegunaan situasi ekstrem dan mencabar. Dengan hanya sekali cas, ia mampu bertahan sehingga 19 jam penggunaan video tanpa henti, 12 jam bermain game atau 22 jam melayari media,” kata HONOR.

Baca juga: HONOR X6 dijual pada harga RM599 sahaja. Tahan lasak, jangka hayat bateri lebih lama

Baca juga: HONOR buat kejutan tambahan, lancar MagicBook 14 dan Pad 8 dengan ciri lebih mantap

Iklan

Berikut antara lain spesifikasi HONOR X9b 5G:

  1. Berat hanya 185 gram dengan kapasiti bateri 5800mAh. Mampu bertahan hingga 3 hari sekali pengecasan.
  2. Memiliki RAM pantas 12GB LPDDR4X dan RAM Turbo maya (8GB hingga 20GB RAM).
  3. Kapasiti bateri 80 peratus selepas 1,000 kali cas.
  4. Tiga sistem kamera iaitu kamera ultra jelas 108MP, Kamera Ultra Lebar 5MP dan Kamera Makro 2MP.

Baca juga: Foto nampak lebih ‘pro’ dengan HONOR 70, dilengkapi ciri Super IMX800 Sony pertama di dunia

HONOR X9b 5G didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu sunrise orange, titanium silver dan midnight black.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!