Hotel kontena harga bajet, tapi keselesaan bertaraf 5 bintang. PPT Muar & Container Hotel jadi tumpuan
MINAT mendalam terhadap reka bentuk berasaskan bahan terbuang mendorong seorang kontraktor berjaya, Michin Lim membina sebuah hotel bajet yang unik.
Sesiapa yang melalui Jalan Bakri, Muar, Johor pasti akan tertarik dengan PPT Muar & Container Hotel.
Diperbuat daripada 50 buah kontena terpakai yang disusun cantik menjadi bangunan tiga tingkat, premis berkenaan sentiasa dipenuhi pelanggan dari pelbagai negeri.
Berkongsi cerita di sebalik terbinanya model hotel tersebut, Michin berkata, beliau cuba untuk menterjemahkan percutian ideal buat semua lapisan masyarakat dalam suasana yang menyeronokkan.
"Bukan setakat harga murah dan bajet, keselesaan bilik hotel yang bersih serta luas menjadi keutamaan. Kalau boleh, saya mahu jadikan impian untuk bermalam di hotel bukan hal yang membebankan, tetapi satu momen menggembirakan khususnya buat si kecil.
"Jadi, saya cuba untuk membawa kelainan untuk sektor pelancongan Bandar Maharani dengan konsep kontena terpakai. Ilham itu tercetus selepas melihat desain hotel seperti itu ketika bercuti di luar negara," kongsinya.
Nekad mahu merealisasikan hasrat tersebut, peminat konsep kitar semula itu kemudiannya membelanjakan sejumlah wang untuk membeli 50 buah kontena yang diperoleh dari kawasan pelabuhan berhampiran.
Anak jati Muar itu memberitahu, pihaknya mengambil masa selama 90 hari untuk menyiapkan projek tersebut.
Segala dekorasi dalaman dan luaran adalah hasil air tangannya sendiri termasuk reka bentuk landskap.
"Sebanyak 41 pilihan kamar ditawarkan kepada semua sama ada jenis bujang, standard, klasik, deluxe superior, famili dan eksekutif. Harganya pula bermula dari RM78 sahaja.
"Pada masa sama, bagi menampung kapasiti pelanggan yang datang dari luar negara seperti Jepun, China dan Nepal, kami turut menyediakan 43 buah bilik untuk hotel bajet yang terletak bersebelahan struktur kontena, katanya yang memulakan operasi sejak sembilan tahun lalu.
Tambah menarik, selain kemudahan gim dan dewan, dua replika robot Transformers yang diperbuat daripada besi terpakai serta mural lukisan tangan juga menjadi tarikan PPT Muar & Container Hotel.
Michin yang juga pemilik Hotel PPT Terminal Pasir Gudang memberitahu, pihaknya juga menawarkan bilik bujang berkonsepkan kapsul untuk backpackers dan anak muda.
32 buah kapsul yang diimport khas dari China itu menjadi tambah nilai untuk hotel bajet ini kerana harga ditawarkan hanya RM38 hingga RM48 sahaja untuk satu malam.
Cukup murah dan berbaloi. Tidak perlu bayar mahal untuk menginap bilik tidur seakan-akan berada di ruang angkasa lepas seperti yang kita lihat dalam filem antarabangsa, ujarnya.
Soal makanan katanya, pelbagai pilihan kulinari tempatan dengan menu signatur orang Muar ditawarkan di kafe atau kedai makan berhampiran.
Meskipun kami tidak menyediakan kafe atau ruang makan, namun jangan bimbang kerana kami akan cadangkan tempat-tempat makan terbaik buat para pelanggan kami, katanya.
PPT Muar & Container Hotel
Alamat: 41-3, Jalan Bakri, Taman Orkid, Muar, Johor
Waktu operasi: 24 jam
Facebook: Ppt Muar & Container Hotel
Instagram: @pptmuarcontainerhotel
#rekreasipilihan
KADANG-KADANG, hasrat mahu bercuti pada hujung minggu boleh terbantut disebabkan kekangan bajet yang terhad, justeru hotel bajet antara pilihan terbaik.
PPT Muar & Container Hotel yang menerapkan konsep kontena dan kapsul menjadi antara pilihan para pelancong apabila berada di Muar, Johor.
Tidak hanya itu, kami menemui empat lagi destinasi rekreasi yang tidak kurang hebatnya dan menawarkan servis terbaik untuk para pelanggan.
Snooze Boxe Kabin
Alamat: Batu 4, Pantai Saujana, Port Dickson, Negeri Sembilan
Pakej harga: Bermula RM25
Facebook: Homestay Port Dickson Pool Kontena & Backpackers
Farmville Cafe & Homestay
Alamat: Lot 11304, Jalan Tepi Sawah, Kampung Site B Tambahan, Sekinchan, Selangor
Pakej harga: Bermula RM98
Facebook: Farm Ville Cafe & Homestay
Instagram: @farmvillecafehomestay
Baca juga Perkampungan kontena viral Solesor Kampong Beach Resort, lengkap pertunjukan api tepi pantai
Homestay Kontena Melaka
Alamat: No. 1052, Jalan Imam Kadir,
Bukit Katil, Melaka
Pakej harga: Bermula RM160
Facebook: Homestay Kontena Melaka
Instagram: @kontenamelaka
Stayrehat
Alamat: Lot 433, Jalan Changkat Setia, Kampung Changkat, Selangor
Pakej harga: Bermula RM150
Facebook: Stayrehat
Instagram: @stayrehat
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang