HR-V Serba Baharu dengan tiga pilihan enjin berkuasa, lebih stailo dan berteknologi tinggi

A
A
A

BUAT pertama kalinya, Honda Malaysia melancarkan model HR-V Serba Baharu dengan tiga pilihan enjin berkuasa bagi memenuhi permintaan pasaran tempatan.

Jenama terkemuka tersebut memperkenalkan powertrains 1.5L e:HEV, 1.5L VTEC Turbo dan 1.5L DOHC i-VTEC untuk empat varian terbaharu sempena majlis berprestij yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre semalam.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, HR-V direka khas untuk sentiasa berada selangkah di hadapan.

HRV Serba Baharu

"Lebih membanggakan, model tersebut menerima sambutan positif apabila lebih 20,000 unit berjaya ditempah sejak jualan dibuka kepada orang ramai.

"Meskipun tempoh menunggu untuk HR-V Serba Baharu ini mengambil masa 12 bulan, namun pihak kami sedang mengambil langkah terbaik untuk memastikan kereta dapat diserahkan kepada pelanggan secepat mungkin," katanya.

Baca juga Honda hadir dengan teknologi Honda Connect, ini lima fakta yang perlu kita ketahui

Ujar Yoshimura, lanjutan tempoh pengecualian cukai jualan oleh kerajaan turut menyumbangkan kepada lonjakan jualan pada tahun ini.

HRV Serba Baharu

"Saya berterima kasih terhadap usaha tersebut yang menyokong industri automotif ketika berdepan pandemik," katanya yang menyasarkan jualan 1,600 unit kenderaan sebulan di negara ini.

Beberapa 'karakter' menarik menerusi model terbaharu itu turut mencuri tumpuan ramai.

Antaranya, HRV Serba Baharu berkenaan dilengkapi ciri bebas kendalian tangan bagi pintu ruang belakang (Power Tailgate).

HRV Serba Baharu

Dengan fungsi Walkaway Close (pintu ruang kabin akan ditutup secara automatik) jika pemandu bergerak menjauhi kenderaan selepas suis diaktifkan.

SPESIFIKASI BAHARU

Berikut spesifikasi lain HR-V Serba Baharu:

i) Dilengkapi Penghidup Enjin Kawalan Jauh (Remote Engine Start) dan ciri Kunci Automatik Bila Beredar (Walk Away Auto Lock).

ii) Ciri Kawalan Menuruni Bukit (Hill Descent Control) membantu mengawal pendikit dan brek secara automatik bagi mengekalkan kelajuan rendah ketika menuruni cerun curam.

iii) Didatangkan dengan teknologi telematik pintar, Honda CONNECT yang menjamin keselamatan, sekuriti dan kemudahan pengguna.

HRV Serba Baharu

iv) Air Diffusion System untuk HR-V Serba Baharu menjadikan kitaran udara sejuk lebih baik dengan ciri tambahan pengudaraan pendingin di belakang.

HONDA SENSING

Sebagai tambah nilai terhadap keselamatan pelanggan Honda, sistem canggih bantuan Honda SENSING mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

1. Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan (Forward Collision Warning).

2. Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (Collision Mitigation Braking System).

3. Sistem Bantuan Kekal Lorong (Lane Keep Assist System).

HRV Serba Baharu

4. Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan (Road Departure Mitigation).

5. Amaran Keluar Lorong (Lane Departure Warning).

6. Lampu Tinggi Auto (Auto High Beam).

HRV Serba Baharu

7. Kawalan Pemanduan Adaptif (Adaptive Cruise Control).

8. Sistem Mengikuti Kenderaan (Low Speed Follow).

9. Sistem Notifikasi Kenderaan Hadapan Berlepas (Lead Car Departure Notification).

HRV Serba Baharu

HR-V Serba Baharu didatangkan dengan lima warna iaitu merah (Ignite Red Metallic), kelabu (Meteoroid Gray Metallic), putih mutiara (Platinum White Pearl), perak (Lunar Silver Metallic) dan hitam (Ruse Black Metallic).

Harga ditawarkan bermula RM114,800 untuk varian 1.5L S, RM129,800 (varian 1.5T E), RM134,800 (varian 1.5T V) dan paling termaju dalam barisan, 1.5L e:HEV RS yang dijual bermula RM140,800.

Baca juga CR-V baharu dengan Honda Sensing, LaneWatch lebih canggih dan selamat

HRV Serba Baharu

Untuk maklumat lanjut, layari www.honda.com.my atau kunjungi pusat jualan sah Honda di seluruh negara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca