Estelle Beauty jadi pusat sehenti untuk rawatan kecantikan setaraf spa hotel lima bintang

No Image Caption
A
A
A

MENGETENGAHKAN konsep moden minimalis dengan harga mampu milik namun perkhidmatan ditawarkan setaraf spa hotel lima bintang.

Demikian antara daya tarikan utama yang ada di Estelle Beauty.

Bahkan ia sangat sesuai untuk wanita masa kini yang mementingkan kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Melangkah masuk ke ruangan hadapan spa berkenaan, kedatangan wakil SinarPlus disambut mesra pengasasnya, Anis Fasihah Zamri.

No Image Caption

Cukup santai dan selesa tatkala berada di spa berkenaan.

Alunan muzik yang tenang dan cukup mendamaikan. Ditambah pula dengan pilihan haruman segar dan aromatik, membuatkan pengunjung berasa relaks seketika daripada bebanan kerja atau penat menguruskan rumah tangga.

Kata Anis, itulah antara sebab utama mengapa beliau memilih untuk membuka spa sebagai menjadi pusat sehenti untuk rawatan kecantikan.

Jenama Estelle Beauty yang berada di bawah syarikat milik Bumiputera, AFZ Global menawarkan pelbagai rawatan kecantikan.

"Menariknya di sini (Estelle Beauty), kami bukan sekadar menyediakan rawatan kecantikan buat wanita, bahkan juga untuk kaum lelaki yang kini turut menitikberatkan soal penjagaan diri dan kecantikan.

No Image Caption

“Selain rawatan kuku kaki dan tangan, ramai kaum Adam yang membuat rawatan muka.

"Sehingga kini, kami menawarkan lebih kurang 20 jenis rawatan kecantikan bermula daripada hujung rambut hingga ke hujung kaki pada harga berpatutan," ujar anak kelahiran Perlis itu lagi.

Kepada penulis, anak sulung daripada tiga beradik itu mengakui, kebanyakan konsep dekorasi yang dipertaruhkan di spa berkenaan adalah hasil pembacaan, selain perbincangan bersama pembantunya dan juga pereka dalaman.

No Image Caption

"Kalau diikutkan, spa ini dahulunya adalah bekas butik pakaian. Saya robohkan ruang menukar pakaian untuk dijadikan bilik rawatan.

"Terdapat dua bilik rawatan untuk rawatan wajah, waxing dan scrub badan," jelas Anis yang memiliki pengalaman lebih enam tahun dalam bidang kecantikan.

No Image Caption

Beliau turut menampilkan rekaan struktur lengkung atau arch yang diterapkan sebagai bukaan bagi ruang pintu depan dan bilik yang nyata memberikan sentuhan berbeza pada premis berkenaan.

Sentuhan kemasan kayu

Bagi menghidupkan ruang dinding yang awalnya kosong, Anis memasang sendiri (DIY) fluted wall atau dinding beralur yang dilihat semakin popular dalam reka bentuk dalaman moden masa kini.

Trend tersebut dilihat seakan-akan sentuhan kemasan kayu semula jadi dan mempunyai reka bentuk linear atau menegak.

Selain menghidupkan ruang, ia juga membuatkan bahagian berkenaan tampak luas dan menarik.

No Image Caption

“Kalau diikutkan rekaan yang disediakan oleh pereka dalaman kosong, jadi saya bersama pembantu mencari idea untuk menghidupkan ruang dalam spa ini.

“Selain bacaan dan kreativiti sendiri, saya juga melihat dekorasi spa yang terdapat di luar negara,” ujar Anis lagi.

Menyentuh mengenai pilihan rona putih yang melatari keseluruhan spa yang berukuran 700 kaki persegi itu, kata tuan punya badan, pilihan warna itu membantu memberikan suntikan ilusi luas dan lapang.

Usai mendaftarkan diri, pelanggan akan ditempatkan pada ruang menunggu dengan dua buah meja dan kerusi santai tersedia di tepi spa berkenaan.

Sementara di hadapannya ditempatkan sofa mewah untuk rawatan merias kuku kaki dan tangan.

No Image Caption

"Sengaja saya memilih sofa sedemikian untuk memberi keselesaan kepada pelanggan. Sambil menikmati rawatan, alunan muzik memberikan aura tenang dan santai.

"Selain rawatan untuk orang dewasa, di sini juga turut tersedia rawatan kuku kaki dan tangan untuk kanak-kanak serendah RM25," ujarnya.

Spa yang dibuka setiap hari kecuali Isnin itu memulakan operasi seawal jam 11 pagi dan berakhir 9 malam.

Seramai empat kakitangan yang berkemahiran dalam bidang berkenaan tersedia menyambut kedatangan pelanggan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca