LG baru-baru ini memperkenalkan siri TV OLED tercanggih jenama itu, LG OLED evo G3, LG OLED evo C3 dan LG OLED A3.

Pengarah Urusan LG, Justin Choi berkata, pihaknya telah menetapkan standard baharu dengan mempertingkatkan beberapa elemen seperti pemproses AI α9 Gen6, HDR Expression Enhancer, bunyi jelas AI, kawalan imbangan auto dan WOW Synergy.

“Sebagai jenama inovatif yang telah dianugerahkan dengan CES Innovation Award untuk 11 tahun berturut-turut, kami yakin barisan produk baharu ini mampu menyampaikan nilai yang lebih tinggi untuk pengguna,” katanya.

Siri TV OLED terkini memfokuskan pada ciri-ciri utama seperti:

i) Pemproses AI α9 4K Gen6:

Siri pemproses Alpha terbaharu yang digunakan dalam TV OLED LG 2023 menggunakan teknologi Pembelajaran Mendalam dengan AI untuk menghasilkan imej yang terlihat lebih jelas dan nyata.

LG TV

ii) Brightness Booster Max:

Teknologi ini menggabungkan seni bina kawalan pencahayaan baharu dan algoritma peningkatan cahaya untuk meningkatkan tahap kecerahan imej hingga 70 peratus.

 

iii) Versi terbaharu webOS:

Ciri Quick Cards yang menawarkan akses mudah pada kandungan dan perkhidmatan yang paling kerap digunakan akan dikumpulkan di bawah kategori seperti permainan, muzik, sukan dan lain-lain.

Baca juga Ciptaan luar biasa sempena CES 2023, inovasi nombor 5 buat ramai terkesima

LG TV

iv) Pengalaman pawagam di rumah:

Iklan

Semua TV OLED disokong oleh Dolby Vision dan Dolby Atmos. Selain itu, ia menawarkan integrasi soundbar.

Jika pengguna mahu meletakkan TV di dinding atau di atas TV stand, Justin mengesyorkan LG OLED evo C3 sebagai pilihan terbaik.

Baca juga Tontonan lebih jelas dan tajam. Siri televisyen LG Oled memang tak rugi kalau beli

LG TV

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang