IMhomestylist tawar dekorasi kediaman dengan ciri-ciri mewah pada harga mampu milik
BERBANDING dua tahun lalu, sambutan Aidilfitri kali ini dijangka lebih meriah. Tidak sekadar bergaya sakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, tetapi kekemasan rumah dan hiasan dalaman juga perlu diberi penekanan bagi mewujudkan suasana yang lebih terserlah.
Susun atur perabot dan kesesuaian warna yang betul pantas dapat menarik perhatian. Bukan sahaja buat penghuni, malah tetamu yang berkunjung turut terpukau.
Tanpa sebarang keraguan, segala peralatan yang ditawarkan oleh IMhomestylist tentu akan menepati cita rasa terutama kepada mereka yang sememangnya berhasrat menerapkan ciri-ciri mewah dan eksklusif di ruang kediaman.
Baca juga:Pembersih pintar Xiaomi memerangkap 99.97 zarah bahaya lebih tepat udara lebih bersih dan sihat
Baca juga:Inginkan kediaman kelihatan mewah boleh cuba gaya dekorasi Inggeris
Kelihatan seperti perabot bertaraf 'kayangan', namun harga yang ditawarkan di premis tersebut masih berada pada tahap mampu milik.
Apa yang boleh SinarPlus katakan, pelbagai pilihan perabot di ruang tamu, ruang makan, dapur ataupun bilik tidur semuanya ada di IMhomestylist. Pendek kata, serba-serbi cukup lengkap dan hanya menunggu masa untuk 'disambar' oleh pembelinya.
Pengarah Syarikat IMhomestylist, Norbaizura Al Bakri berkata, pilihan warna seperti coklat dan kelabu sering menjadi pilihan kerana rona tersebut mudah untuk dipadankan dengan perabot lain dan kelihatan lebih eksklusif serta elegan.
"Penampilan kerusi sofa jenis chesterfield yang diberi suntikan moden juga sesuai dengan gaya masa kini. Boleh dikatakan ia menjurus ke arah penampilan ala Inggeris, namun tetap memenuhi kehendak mereka yang inginkan sesuatu yang sederhana.
"Padanan perabot di antara nuansa terang dan pastel turut dapat memperlihatkan sesuatu ruang lebih menyerlah dan mempesona. Bukan sahaja pada hari perayaan, malah pada hari-hari biasa juga, ia tetap nampak memukau," katanya baru-baru ini.
Desain futuristik
Tidak hanya pelbagai jenis kelengkapan perabot rumah, IMhomestylist turut menawarkan permaidani sama ada bersaiz kecil atau besar, kata Norbaizura.
Corak abstrak seperti percikan air, marmar, kosong mahupun simetri yang hadir dalam pelbagai warna terang atau pastel ditawarkan kepada pengguna.
Menariknya tentang produk IMhomestylist lagi, jenama itu berbeza berbanding dengan yang lain kerana rekaan moden ala futuristik dapat dilihat pada bentuk meja kopi, meja konsol dan bangku.
Paling mencuri tumpuan, kaki meja yang menyerupai bentuk berlian, berlekuk-lekuk ataupun mirip jam pasir. Sudah tentu rekaan sebegitu akan cepat menangkap setiap mata yang memandang.
Selain itu, terdapat beberapa jenis bangku yang dilengkapi dengan tempat simpanan tambahan di bahagian bawah yang tertutup, sekali gus melindungi segala ‘kekalutan’ barangan agar kelihatan lebih kemas dan teratur.
Sebagai tambah nilai, ujar Norbaizura, pihaknya turut menyediakan perkhidmatan hiasan dalaman dan ubah suai rumah.
Nasihat beliau, sebaiknya ukur luas ruang sebelum membeli sebarang perabot bagi mengelak kesilapan yang berkemungkinan akan menyebabkan kawasan menjadi sempit atau terhad.
Seperkara, jangan terburu-buru mengikut konsep idaman atau gambaran dalam fikiran. Sebaiknya amalkan sikap realistik sebelum membuat keputusan.
“Pemilihan (konsep) yang bersesuaian termasuk seleksi warna sangat penting agar tidak mengakibatkan impak ilusi optik yang kadangkala memperlihatkan ruang menjadi kecil," jelas beliau.
Dalam pada itu, Norbaizura memberitahu, gaya perabot berwarna keemasan menjadi trend dan paling diminati khalayak kini.
"Pengguna sukakan gaya yang moden kontemporari, tetapi kelihatan mewah seperti apa yang sering dilihat di hotel bertaraf lima bintang,” katanya.
Di samping itu, IMhomestylist juga memberi peluang kepada para pelanggan untuk menentukan warna dan material yang akan digunakan pada perabot masing-masing.
Salah satunya, kain baldu yang mendominasi rekaan perabot sama ada sofa panjang, single atau kepala katil. Bahan tersebut semestinya menjanjikan keselesaan yang maksimum.
Kelebihan tersebut sudah tentu menjadi tarikan, bahkan memberi peluang kepada pelanggan untuk meletakkan sentuhan peribadi mereka sendiri.
Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus
Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang