Dedah hilang pendengaran telinga kanan kesan kemalangan dua tahun lepas. Iman Troye tetap teruskan kerjaya. 'Hadkan penggunaan fon telinga...'

PENYANYI, Iman Troye mendedahkan dirinya kini berdepan masalah pendengaran di telinga kanan kesan daripada kemalangan yang berlaku pada dua tahun lalu.
Iman atau nama sebenarnya, Siti Alyssa Sahabudin berkata, beliau hanya menyedari perkara tersebut selepas menjalani pemeriksaan lanjut ketika ditahan di wad sebuah hospital baru-baru ini.
"Mula-mula saya tak perasan. Saya masuk hospital sebab hilang pendengaran di sebelah kanan akibat kemalangan dulu. Doktor sahkan saya dah kehilangan 10 hingga 15 peratus pendengaran selama dua tahun, jadi mereka risau dengan keadaan saya.
"Saya pun baru tahu sebenarnya. Awal-awal, saya tak sedar sebab bunyi dalam telinga lebih kurang sama. Tapi bila makin hilang, baru saya perasan. Kalau pakai headphone, belah kanan memang perlahan sikit," katanya ketika ditemui pada sidang media EP: Janji Raya Iman Troye di sekitar ibu kota pada Rabu.
Setiap kali Betty Rahmad puji masakannya, Mak Semah mesti segan. Katanya, banyak lagi makanan mewah di restoran, tapi tetap juga anaknya 'claim' air tangan ibu paling sedap!
Tapi jujur, setuju tak masakan ibu memang nombor syatu?
#MasakanIbu #BettyRahmad #AirTanganIbu #SinarPlus #LifestyleSinarHarian" />
Menurut penyanyi Bunga Kemboja ini, dia juga sering mengalami bunyi nyaring dalam telinga, terutama apabila berada dalam keadaan tertekan atau keletihan.
"Kalau saya stres, telinga akan berbunyi nyaring. Sampai sekarang masih berlaku dan makin kerap. Kadang-kadang agak mengganggu juga," luahnya.
Jelas penyanyi berusia 23 tahun itu, masalah pendengarannya tidak dapat dirawat sepenuhnya, namun doktor menyarankan rawatan khas supaya tidak bertambah teruk.
"Doktor cakap kalau dah hilang pendengaran, memang tiada rawatan untuk pulih sepenuhnya. Saya hanya boleh buat rawatan setiap tahun untuk memperlahankan proses itu dan mengawal supaya tak bertambah teruk.
"Saya pernah ke wad kecemasan selepas kemalangan, doktor ingatkan hentakan tu biasa saja. Tapi bila check balik, baru doktor sahkan saya dah hilang pendengaran sebanyak 10 ke 15 peratus selama dua tahun tanpa saya sedar," jelasnya kepada SinarPlus.
Dalam masa sama, Iman mengakui dirinya kini perlu lebih berhati-hati dan menjaga pendengarannnya bagi memastikan keadaannya tidak semakin serius.
Antara langkah yang diambil termasuk mengurangkan penggunaan fon telinga dan tidak mendengar muzik terlalu kuat.
"Kalau saya berada di tempat yang ada muzik terlalu kuat atau orang bercakap dengan suara tinggi, bunyi itu boleh masuk ke telinga dan terus berdesing. Jadi saya kena limitkan diri, kurangkan dengar lagu pakai fon telinga.
"Bukan tak boleh dengar langsung, tapi tak boleh guna volume tinggi sebab boleh beri tekanan pada telinga saya.
"Saya masih boleh dengar, cuma bunyi tu saya tak enjoy sangatlah. Tapi saya okay je.
"Bagi orang lain mungkin 10 ke 15 peratus tu tak banyak, tapi bagi doktor, kehilangan sebanyak itu dalam tempoh dua tahun agak teruk sebab saya tak jaga dengan betul. Kalau saya terus abaikan, peratusan tu boleh turun lagi," katanya.
Buat masa ini, Iman perlu menjalani rawatan berkala bagi memastikan tahap pendengarannya tidak merosot.
"Sekarang saya masih boleh buat rawatan untuk jaga pendengaran saya. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini," tambahnya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang