KEPADA rakyat Malaysia yang juga merupakan penggemar kopi, anda sekali lagi boleh menikmati aroma dan rasa sebenar kopi 100 peratus semaian Malaysia dengan  NESCAFÉ Classic Kopi Kedah yang kini kembali pada tahun ini!

Selain daripada wajah pembungkusan produk serba baharu, jenama tersebut juga memberi peluang kepada lima rakyat Malaysia bertuah untuk memenangi lawatan yang ditanggung sepenuhnya ke ladang kopi sebenar di Kedah menerusi Peraduan NESCAFÉ Jom Semai Kopi!

 

Untuk pengetahuan anda, program NESCAFÉ Disemai Dengan Kasih, NESCAFÉ Classic Kopi Kedah adalah hasil inisiatif penanaman kopi lestari yang bertujuan memulihkan semula sektor perladangan kopi dan meningkatkan taraf hidup peladang tempatan.

Menariknya, ia turut memberi latihan kepada golongan peladang yang terlibat bagaimana melaksanakan teknik pertanian yang baik.

Tujuannya, tidak lain tidak bukan adalah untuk melengkapkan mereka dengan kepakaran teknikal yang diperlukan untuk menghasilkan biji kopi berkualiti, sekali gus membolehkan rakyat Malaysia menikmati minuman kopi tempatan asli yang menambat selera dan hati mereka.

 

 

Setakat ini, program ini sudah memberi latihan kepada 200 orang peladang dan menanam lebih daripada 170,000 anak benih.

Justeru, para penggemar kopi yang ingin mengunjungi tempat lahir NESCAFÉ Classic Kopi Kedah boleh mengambil bahagian dalam Peraduan NESCAFÉ Jom Semai Kopi dari 1 November hingga 31 Disember depan.

Senang saja nak join. Anda hanya perlu membeli NESCAFÉ Classic Kopi Kedah edisi 2021 dan mengimbas kod QR yang terletak dalam pek pembungkusan untuk menyertai Lawatan Ke Ladang Kopi Secara Maya menerusi pengalaman Realiti Terimbuh atau Augmented Reality (AR).

Aplikasi AR itu menyediakan pelbagai penapis muka yang boleh digunakan untuk menghasilkan gambar atau foto kreatif.

Peserta boleh memaparkan hasil kreativiti mereka di akaun Facebook, Instagram atau YouTube masing-masing, disertai hashtag #NescafeKopiKedah dan keterangan kapsyen menarik untuk menyertai peraduan dan merebut peluang kemenangan!

 

 

Iklan

Pegawai Eksekutif Perniagaan Minuman, Nestle (Malaysia) Berhad, Othman Chraibi berkata, Program Disemai Dengan Kasih yang dilancarkan di negeri Kedah adalah sebuah inisiatif yang mencerminkan komitmen pihaknya untuk menyokong golongan peladang tempatan dan juga masyarakat setempat.

“Sejajar dengan itu dan sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk berinteraksi dengan pengguna dengan mencetuskan pengalaman manis buat mereka, kami teruja untuk menjemput beberapa orang rakyat Malaysia yang berhati riang dan sememangnya penggemar kopi!

“Para pemenang akan dapat melihat sendiri kegigihan dan kasih yang disemai dalam penanaman NESCAFÉ Classic Kopi Kedah oleh peladang kopi kami yang menanam biji kopi yang menjadi bahan asas produk ini.

“Selain daripada aktiviti-aktiviti seperti bertemu dan berinteraksi dengan para peladang, peserta juga dapat menanam, mencantum tunas dan menuai kopi. Ini sememangnya peluang yang tidak seharusnya dilepaskan. Kami menantikan penyertaan kreatif yang bakal diterima daripada peserta pada minggu-minggu akan datang!” tambah Chraibi.

Para peserta peraduan akan diadili berasaskan sistem mata bagi paparan di media sosial mereka. Faktor yang dinilai termasuk kreativiti dan ekspresi; keterangan gambar dan kualiti audio serta visual.

Iklan

Lima peserta dengan mata tertinggi akan dipilih sebagai pemenang dan akan menerima hadiah hasil tuaian biji kopi yang istimewa serta pokok kopi diberi nama sempena nama mereka.

NESCAFÉ Classic Kopi Kedah edisi terhad yang terkini didapati di dalam tin aluminium 170g dengan reka bentuk pembungkusan serba baharu dijual pada harga runcit cadangan RM23.02 di gedung peruncit utama dan juga pasar raya dan pasar mini tempatan terpilih.

Di Lazada dan Shopee pun ada mula dijual sejak 1 November lalu.

Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan NESCAFÉ Jom Semai Kopi dan cara mengambil bahagian dalam peraduan, layari https://www.nescafe.com/my/our-campaigns/nescafe-kopikedah.