Ini komplikasi yang boleh dihadapi jika si kecil tiada vaksin Covid-19. Kenali MISC dengan lebih terperinci

Untitled design - 2022-02-18T084506.684
Untitled design - 2022-02-18T084506.684
A
A
A

NAMPAKNYA, kerajaan terus berusaha untuk menggalakkan ibu bapa menghantar anak mereka yang berusia bawah 12 tahun untuk mendapatkan vaksin.

Saranan itu bertujuan untuk mengurangkan risiko mendapat sindrom keradangan pelbagai sistem dalam kanak-kanak atau MISC.

MISC adalah satu kondisi yang menyaksikan beberapa organ tubuh mengalami keradangan termasuk pada bahagian jantung, paru-paru, ginjal, otak, kulit, mata dan organ pencernaan.

Berdasarkan statistik terkini, kes Covid-19 melibatkan kanak-kanak sudah mencecah 270,000 kes. Sebanyak 64 kanak-kanak meninggal dunia disebabkan virus berbahaya berkenaan.

Daripada jumlah itu, 174 kes kanak-kanak dikesan mempunyai MISC.

Pun begitu, masih ada segelintir kecil ibu bapa yang menafikan kebaikan pemberian vaksin terhadap anak mereka.

Jika anda masih ragu-ragu, perkongsian Pegawai Perubatan, Klinik Ajwa Shah Alam, Dr Arisman Wenge Abdul Rahman di laman Facebooknya mengenai MISC boleh diperhalusi sebaiknya.

Seperti yang dijelaskan tadi, Dr Arisman berkata, MISC adalah merujuk situasi long Covid terhadap kanak-kanak yang boleh menyebabkan kerosakan beberapa organ dalamam badan.

"Ia paling banyak direkodkan terjadi ketika usia kanak-kanak berumur tiga hingga 12 tahun dengan purata kes MISC ketika si cilik berusia lapan tahun.

"Ya. Ia sangat rare, tetapi komplikasi itu boleh menyebabkan kanak-kanak dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Gangguan organ yang berpanjangan atau lebih teruk lagi boleh menyebabkan kematian,” jelasnya.

Ujar Dr Arisman lagi, walaupun kanak-kanak hanya mengalami gejala ringan atau tidak bergejala pada peringkat awal dan dalam tempoh kuarantin, simptom baharu boleh muncul dalam tempoh beberapa hari atau minggu (dua hingga empat minggu) selepas kanak-kanak dijangkiti Covid-19.

Antara gejala MISC adalah seperti demam berterusan, muntah, cirit-birit, sakit perut, ruam merah, mata merah, cepat letih atau lebih membimbangkan, ia boleh menyebabkan masalah sesak nafas.

Beliau turut berkongsi tanda-tanda kecemasan berbahaya yang memerlukan ibu bawa membawa anak mereka mendapatkan rawatan doktor dengan segera. Antaranya seperti:

i. Sakit perut yang teramat

ii. Nafas laju atau sukar bernafas

iii. Pucat

iv. Keadaan tidak keruan

v. Tidak boleh berdiri atau bangun

Ya! Komplikasi itulah yang paling ditakuti jika berlaku terhadap golongan kanak-kanak.

Jadi, pesan Dr Arisman, penjaga atau ibu bapa di luar sana perlu melindungi anak mereka dengan cara mendapatkan vaksin dengan segera.

Jangan bimbang, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sendiri pun telah menghantar anaknya, Raif yang berusia enam tahun mendapatkan suntikan vaksin baru-baru ini.

Bukan sahaja pemimpin itu, setakat Isnin lalu, seramai 206,748 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah menerima dos pertama.

Syabas buat ibu bapa yang menjalankan tanggungjawab melindungi anak mereka.

Kepada yang masih belum, perlu bertindak demi melindungi anak tersayang! #kitajagakita #kitalaluibersama

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca