Ini penjelasan mudah masalah gigi yang dialami anak Che Ta dari aspek perubatan

A
A
A

PERKONGSIAN pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta di laman Instagram tentang anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana yang menjalani pembedahan gigi di sebuah pusat perubatan negara ini meraih perhatian ramai.

Apabila selebriti menamakan masalah yang dihidapi anaknya sebagai Supernumerary Mesiodens Tooth, membuatkan khalayak tertanya-tanya.

Sebelum itu, kata Che Ta, Aaisyah, 9, sering mengadu tidak selesa pada bahagian gigi.

Apabila pemeriksaan dilakukan, doktor mendapati wujud lebihan gigi di bahagian tengah.

 

SUMBER Polina Zimmerman daripada PEXELS.

Kata Che Ta, pembedahan perlu dilakukan bagi membolehkan pertumbuhan gigi kekal baharu anaknya berjalan dengan lancar.

BERUBAH

Secara perubatannya, apakah yang dimaksudkan dengan Supernumerary Mesiodens Tooth?

Jelas Healthline, seorang manusia akan mempunyai dua set gigi sepanjang hayat iaitu gigi primer (bayi) dan gigi dewasa.

Kebiasaannya, kanak-kanak akan mempunyai 20 batang gigi, manakala golongan dewasa pula memiliki 32 batang gigi.

“Seseorang juga mungkin mempunyai gigi tambahan atau dikenali sebagai supernumerary dan jenis gigi tambahan yang paling biasa dipanggil mesiodens.

SUMBER Shiny Diamond daripada PEXELS.

“Ia (mesiodens) muncul pada hadapan rahang atas (premaxilla) di antara atau pada belakang dua gigi hadapan (incisors),” katanya.

Mesiodens pula adalah keadaan gigi yang jarang berlaku.

Lazimnya, ia berubah mengikut lokasi dan komuniti.

Mesiodens dianggarkan mempengaruhi antara 0.15 hingga 1.9 peratus daripada penduduk umum dan lebih biasa berlaku pada lelaki berbanding wanita.

Ia juga lebih kerap berlaku pada gigi dewasa berbanding dengan gigi bayi.

“Seseorang yang mempunyai gigi lebih perlu diberi rawatan segera kerana ia berpotensi menyebabkan masalah gigi pada kemudian hari,” ujar Healthline.

SUMBER cottonbro studio daripada PEXELS.

Tambah penulisan tersebut lagi, punca sebenar keadaan itu masih belum dapat dikenal pasti.

Ada kemungkinan ia dipengaruhi oleh genetik, faktor persekitaran dan perubahan semasa perkembangan pergigian.

Penyebab lain yang boleh dikaitkan adalah seperti berikut:

1.Bibir atau lelangit sumbing.

2.Sindrom gardner iaitu gangguan genetik yang menyebabkan ketumbuhan pada bahagian badan.

3.Perkembangan luar biasa tulang dan gigi atau dikenali sebagai Cleidocranial dysplasia.

4.Sindrom orofaciodigital iaitu keadaan genetik yang jarang berlaku dan memberi kesan pada perkembangan mulut, gigi, muka, jari tangan dan kaki.

“Gangguan mesiodens boleh membawa kepada keperluan rawatan pergigian pada masa hadapan.

“Ia biasanya dikesan dan boleh dirawat semasa kanak-kanak, namun terdapat kemungkinan mesiodens kekal sehingga dewasa,” kata Healthline.

SUMBER Pixabay daripada PEXELS.

BOLEH GANGGU FUNGSI MULUT

Ujar Healthline, seseorang boleh mengenal pasti gigi tambahan dengan melihat gigi hadapan masing-masing.

“Gigi yang tumbuh secara tidak normal, terdapat ruang di antara gigi, tidak sejajar atau gigi tidak tidak tumbuh langsung adalah kaedah mengenal pasti mesiodens.

“Sekiranya ada ciri-ciri tersebut, segera dapatkan nasihat daripada doktor gigi bagi mengesan kewujudan mesiodens,” tambahnya.

Sementara itu, rujukan Verywell Health mendapati, keadaan gigi lebih boleh menyebabkan pelbagai masalah pergigian, mengganggu fungsi mulut dan boleh menimbulkan masalah kosmetik.

Baca juga: Berkhasiat untuk otak, gigi & usus, kurma buah terbaik ibu boleh ajar anak makan

Baca juga: Sakit gigi hingga alami demam? Awas! Jangan biarkan ia mungkin bahaya

SUMBER Cedric Fauntleroy daripada PEXELS.

Supernumerary Mesiodens turut menyebabkan:

1.Gangguan pada gigi kekal.

2.Gangguan pada jajaran gigi kekal normal.

3.Isu mengunyah dengan betul.

4.Masalah pembentukan gigi kekal.

5.Ruang di antara gigi.

6.Pembentukan sista atau tumor.

7.Kewujudan gigi di dalam salur hidung.

8.Masalah cantuman tulang untuk implan gigi

Bagaimana cara untuk mengatasinya?

Laman web itu berkata, adalah lebih baik isu itu dikesan lebih awal.

SUMBER Anna Shvets daripada PEXELS.

Berawal, pemeriksaan secara klinikal akan dilakukan diikuti dengan ujian X-ray.

“Pesakit akan disarankan supaya mencabut gigi tersebut. Untuk sesetengah kes, mereka perlu menjalani pembedahan untuk memotong lebihan gigi sebelum dibuang dalam bentuk kepingan kecil,” ujarnya.

Sehubungan itu, pesakit disyorkan untuk berbincang dengan doktor berkaitan risiko mencabut gigi lebih tersebut.

Ini kerana prosedur pembedahan boleh meningkatkan kemungkinan memutuskan saraf atau saluran darah di dalam mulut.

Berdasarkan penerangan daripada dua sumber sahih itu, Supernumerary Mesiodens adalah situasi yang boleh diselesaikan dengan syarat langkah susulan dilakukan lebih awal.

Baguslah Aaisyah, sebab aduannya membolehkan Che Ta terus berjumpa dengan doktor.

Kepada pembaca SinarPlus, admin nasihatkan agar kita melakukan pemeriksaan gigi dan mulut sekurang-kurangnya sekali setahun. Itu yang paling baik.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca